»

Friday, December 16, 2005

Balik Lewat...

Pagi td aku apply cuti pastu yg best nya cpt aje cuti aku dpt approval drpd immediate superior dgn Head Of Dept aku! Yiha!! At least aku dpt laa perabih cuti aku, drpd burn tak tentu pasal. Aku dpt carry forward lak 7 hari..last year aku cuma dpt bwak 5 ari aje ke dpn.
Aku sebenarnya ada mcm2 cerita tp takde perasaan nak cite kan dlm blog. Aduhai....

Monday, December 05, 2005

Untuk Diriku!

Tiba-tiba aku terfikir tentang tanggungjawab. Aku berfikir ttg apa yg aku lihat & aku belajar selama ini. Setelah kazenku yg sebaya dgnku kawin, ramai org menuturkan kata2 yg aku sudah boring utk dgr. "When will be yours?" "Taun depan ye?"" Dah kerja ni, boleh laa settle down.." Mcm2 hal nya. Mcm2 statement keluar. Aku sedar, mama sure mengharap yg terbaik utk anak perempuan sulungnya ni. Tp bila aku pk, aku tak tahu apa yg aku dpt berikan kpd mama.
Kenapa aku lihat semua org seakan mudah perkatakan ttg perkahwinan? Atau salahkah anggapan aku ni? Aku pernah mengalami kesedihan....di mana org yg aku sayangi meninggalkan aku.Lepas sorang ...sorang pula.Bermula dgn arwah Tok pada usiaku menjangkau 13 tahun.Tapi yg menyedihkan aku adalah tak berkesempatan menziarahi arwah Pah semasa Pah hendak dikebumikan.Aku tak ada di situ..tak seperti sedara mara lain yg ada. Aku sedih bila arwah Haliza Wati, rakanku sejak di Kulim telah meninggalkan dunia ini. Tp aku tidak dpt melihatnya utk kali terakhir...sbb aku lambat tahu. Masa arwah Jannatul meninggal dunia, aku tahu pun bila aku baca di surat khabar. Sedihnya tuhan yg tahu.
Alhamdulillah, Allah bantu aku.Semasa seorang rakan yg aku sayangi meninggal dunia.Wpun aku tak dpt menatapnya pada kali terakhir dia menamatkan nafasnya, tp aku berkesempatan menziarahi pengkebumiannya. Nasib baik aku dpt kesempatan itu, kalau tak, aku tak tahu mcm mana aku dpt menginsafi takdir Allah ini. Bagaimana aku dpt menghadapi hidup ini. Baru aku belajar erti kekuasaan Ilahi. Mana mungkin tercapai oleh manusia. Siang malam aku cuba berdoa. Aku ingin menjadi seorang yg taat kepada Allah. Tapi aku sedar aku ada byk kelemahan. Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini. Ada masanya aku sedar aku silap, tp ada masanya aku tak dpt mengawal tindakan aku. Aku takut andaikata saat nyawaku tercabut, masih byk dosa yg aku tinggalkan. Banyak hati yg aku kecewakan. Banyak perkara yg aku lupakan......
Aku tak sanggup berada dlm keadaan itu.

5 Dec

Alhamdulillah..pada hari ini aku masih dipanjangkan umur. Wpun kadang kala aku rasa bahawa tak sepatutnya umur aku dipanjangkan sbb nanti bertambah pulak dosanya. Tapi aku manusia biasa yg perlu menerima segala takdir ilahi dgn penuh redha & sebaik2 nya cuba memperbaiki diri.
Aku bertanya kpd diri sendiri, adakah aku dah bersedia utk perkara itu? Pada hari ini, lepas solat Subuh tadi, aku rasa yg aku tidak mahu meneruskan apa yg sedang berlaku. Aku rasa tak perlulah aku bercerita ttg apa yg berlaku memandangkan agak panjang & mungkin ketika aku sedang mengarang, aku akan rasa tersinggung dgn apa yg aku tulis. Cuma apa yg patut aku katakan adalah sejak dr mula lagi aku tak pasti dgn tindakan aku. Tp hari ini aku telah berikrar kpd diri aku bahawa aku akan meneruskan kehidupan aku tanpa memikirkan lagi ttg perkara itu.
Aku sudah sampai pada satu tahap di mana aku merasakan bahawa menyayangi org yg sudah tidak ada lagi di dunia ini lebih baik drpd org yg hidup. Selama 3 tahun aku berasa tenang & menginsafi kejadian Ilahi tp bila aku cuba membuka peluang semula utk diri aku, aku rasa sort of menyusahkan diri aku & pihak yg terlibat. Mungkin aku tak pandai atau tak reti, at the same time aku rasa aku tak pasti dgn apa yg aku lakukan. Whether i'm on the rite path or not? I don't know.
Mungkin aku tak layak utk ini semua. Berikan aku masa utk memikirkannya. Aku konpius.