»

Sunday, January 29, 2006

Balik Kapung !!!

Syoknya... aku balik Kuale esok !! Sebelum tu, bertolak pagi sampai kat Ipoh nak pi umah Abg Zairul. Ada kenduri doa selamat & kesyukuran. Kat Kg Melayu,Batu 8. Then baru balik ke Kuale. Sebenarnya aku tak tau jalan ke Kg Melayu Batu 8 tu, aku jadik drebar je ! hahahaha

Thursday, January 19, 2006

Seawal 7 pagi....

Hari ni seawal 7 pagi aku telah berada kat depan pc ni. Lately ni asyik terbangun awal aje. Consider aku sebenarnya tak dpt enough sleep la duh. Sebenarnya semalam aku sangat bengang masa kat ofis. Ada ke bos aku (yg cha ya nun alip @ pompuan giler ) pi marah aku lak sbb aku tak allocate extra 100K for subcont fav dia tu. Tau laa tu apek tu geng dia. Mcm laa tak tahu decision utk bayar bukannya letak di tgn aku, HOO aku yg punya kuasa, COO aku yg finalized kan.Aku cuma prepare aje semua benda. Aku ni skarang dahlaa kira keje utk finance & bebudak project kat site sekaligus. Beban keje aku dahlaa bertambah. Aku yg terpaksa mengheret segala subcont, operation lagi, plus kuli di sana sini. Last2 pompuan giler ( PG) tu pi marah aku for no reason. Dah Dato yg sign listing tu & allocate extra 100K di tgn subcont lain. Benci betul aku dgn PG ni. Aku rasa laa kan ( aura jahat) mesti dia dah janji dengan apek tu something. Tu yg dia marah benar bila tak dpt allocate extra utk kengkwan dia. Kalau semua org asyik nak bayar kroni, then guna kuasa masing2 last2 lingkup ah projek mcm ni. Aku yg tersepit di tgh2 boleh jadi sasau dibuatnya. Subcont2 yg kecik2 selekeh tu langsung tak dipedulinya. Aku jugaklaa yg masih amik berat akan mereka. Yg bos2 ni cuma tau makan sendiri aje...layan kroni aje. Ntah mende laa mcm ni...
Kepada readers, doakan laa aku dpt keje lain kay. Sian aku weh! Dah laa aku mmg penyabar, kena buli laa apa laa..sedih hati aku ni!

Wednesday, January 18, 2006

Aku ke yg tak tahu?

Sekarang ni aku tak tahu aku di stage mana. Aku tak tahu apa sebenarnya yg aku cari dlm idup ni. Nak nak lately ni bila aku dah start berkawan. Meanwhile, aku selalu laa share cite aku dgn Kak Liza. Dia staff kat site. Aku suka cite dgn dia sbb aku suka keperibadian dia. Dia selalu bagi aku dorongan dan juga highlight pada aku benda yg aku tak faham. Aku pun selalu tolong dia sbb aku tahu dia ikhlas dan bagus bile wat keje. Jadi aku tak segan silu share dgn dia certain perkara yg aku tak share dgn mak aku.hahahhaDia ckp aku ni sebenarnya byk tak reti.
Aku cite laa kat Kak Liza apa yg terjadi semalam. Mamat tu msg aku soalan pelik2 waktu lewat malam or seawal pagi, Apehal laa mamat tu kacau aku tido. Terkebil2 aku jwb sms perkara pelik2 yg ditanya.Ada ke tanya pasal stesen minyak BP. Bila aku tanya nape tanya aku soalan mcm tu, dia ckp saje je nak tanya soalan tak waras. Buat apa laa nak kaco aku memalam buta. Sian aku tak cukup tido.Dahla kat opis asyik kena buli aje. whahaha.Kak Liza ckp sebenarnya mamat tu rindu tp tak tahu nak ckp mcm mana. Sbb tu mamat tu sms. Betul ke? Ish kalau mcm tu banyak lagi ilmu bercinta ni yg aku kena belajar. Betul , byk yg aku tak tau.
Anyway, aku cuba aaa yg terbaik. Tak kisahlaa apa yg berlaku. Aku akan sentiasa bersangka baik dlm hidup. Aku tanak pk pk negatif. Aku kena cekal. Jika umur aku panjang, byk lagi yg aku kena hadapi.

Tired !

Arini aku rasa letih gile lak bila sampai ofis nih ha. Dahlaa aku tido lambat pastu aku bangkit awal. Selalunya aku kalau terjaga awal aku tido balik. Dlm 6.40 baru aku solat Subuh. Tapi td aku dah jaga awal menjelang Subuh & tak tido dah. Terus amik wudhuk dan tunggu Subuh masuk.Pastu siap awal gile. Langit pun kelam lagi masa tu.....
Sebenarnya, tahun 2006 ni aku berharap sangat aku dpt keje lain. Dah demotivated laa keje kat sini. Satu weakness aku, wpun aku dibuli tp bab2 keje aku mmg selalu komited & akan abiskan sebaik mungkin. Skarang ni apa yg berlaku, sort of semua benda aku kena tahu, aku kena buat. Semua mcm byk soh aku.Asyik2 aku je. Pastu ada yg jeles laa apa laa..benda2 yg aku boring melaluinya tp mengapalah masih berlaku. Aku letih sbnrnya...tp at the same time aku keje mkn gaji. Aku tanak makan gaji buta. Aku percaya kalau aku bersabar, Allah akan bukakan jalan buat aku. Tp aku tanak sampai aku jd org yg menyalahkan takdir. Kdg2 rasa tak tahu apa nak jd dgn life aku ni. Keje bagai nak rak tp tak berbaloi...at the same time aku pun tak tahu plan aku utk future.Aku tak mengerti dgn diri aku.
Macam mana ni?

Tuesday, January 17, 2006

Aku Digosip Rupanya!

Oh tidak...kesibukan yg melanda hidupku menyebabkan aku tak sempat nak bukak website ke, webmail ke...and even yahoo groups . Aku cuma sempat nak chat aje dgn dia.Dia takde mentioned apa2 pun. Tapi melihat pada status kazen ku kat YM tu mcm semacam aje...tetiba aku rasa lak mcm status tu dituju kat aku. Mesti depa ada kata apa2 ni.....Ptg tu, aku dah free sket & bila dipk pk balik, ish aku pun terus laa buka groups tu! Rupa-rupanya mmg sah aku digosipkan. Bila aku tanya dia, haah rupa2 nya dia dah tahu perkara tu. Tak berani nak bgtau aku laa tu? Ntahlaa..Nak kata aku gembira bila perkara tentang aku & dia diperkatakan, aku rasa biasa saja. Tak berani aku nak mengorak langkah lebih jauh. Tak ready.
Semalam aku did mentioned to him a few things yg aku agak kecik hati dgn dia. Ntah mcm mana aku dpt keberanian mcm tu. Ke sbb aku mmg suka berterus terang aje?hahahah.Yg aku kagum tu,dia menerima kata-kata aku dgn baik. Dia tak sangka laa mcm tu. Tak periksa katanya. Tak boleh lah aku nak salahkan dia. Byk benda kami tak tahu. Ni pun baru proses nak amik tahu laa kan. Aku tak pasti dgn diri aku, tapi aku mmg cuba memberi peluang terhdap perhubungan ini.
Yang baik dtgnya drpd Allah, yg jahat barangkali drpd diri aku sendiri. Aku mesti perbaiki.

Monday, January 16, 2006

TGIM?? Oh No Way!! hahaha

Alhamdulillah, hari ni aku berpuasa. Sebenarnya aku dah congak2, puasa Qadha aku dah abis...tp ntahlaa sbb dah terbiasa puasa Isnin, jadi aku pun teruskanlah niat puasa Sunat aku ni. Mana tahu kot2 ada puasa2 aku yg lalu tak sempurna ke apa...semoga dapatlah ditampung. Tapi mmg dahaga betul laa ari ni. Asyik dok terbayang aje coconut milk shake. Perghh!! hahahah
Hari ni mcm biasa aku bekerja. So far kerja2 aku ok...agak byk benda laa kena buat di samping kena buat audit dlm jangkamasa 2 minggu ni. Subcont2 aku punya lah asyik dok tepon bertanya kan payment. Ada yg mendesak, ada yg mcm geram, marah laa apa laa...yg banyaknya luahan perasaan laa...Aku ni kan kaunter pelbagai guna.Nak wat camna, maklumlah musim CNY ni..mmg mcm acara tahunan yg paling mencabar buat aku berbanding musim perayaan lain. Biasalah subcont mintak duit. Sbb dah tahun kedua aku menghadapi cabaran ni, so aku dah agak cekal.hehehhe
Tadi aku baru dpt tahu yg Pah Cho dah sedar, the good news is Pah Cho dah ditransfer kan ke wad biasa. Haa senang laa sket nak ziarah. Kalau kat ICU tu, kan payah. Skarang waktu melawat adalah drpd 1-7. Pah Cho kat wad 9. So nampaknya lift shortcut tu takleh digunakan laa memandangkan lift tu sampai level 5 je.
Semalam aku drive pi spital dgn mama dan Pak Chu Mi. Kali ni bwak Kak Min dgn Ammar dan adik sbb Kak Min tak penah tgk Pah Cho lagi.. Hehhe kelakar laa adik bila mula sampai kat tgkt atas tetiba ckp nak balik. Ammar pulak nasib baik dia bawak notebook dgn pencil. So ralit aa dia sket. Sejak dah pi skolah ni, abg mmg rajin menulis. Adik lak dah jd mcm parrot, asyik ikut aje apa yg abg buat. Tp bestnya layan anak2 sedara yg comey dan byk keletah ni. Bila tgk budak2, hati ni rasa sebak sangat. Tak tahu laa kenapa. Tp aku sayang Ammar Qusyairi & Aliff Hamzah, mereka berdua ni lah latest anugerah drpd Ilahi yg sangat menggembirakan hati aku !!

Friday, January 13, 2006

Yeay Sudah Jumaat !!

Sape tak suker ari Jumaat? hahaha

Betapa indahnya perasaan hati memandangkan byk cuti pada weekdays menyebabkan hari Jumaat sentiasa pantas mendatangi diriku. Ok meh aku bgtau, ari ni aku masih lagi single & available...wahahah. Apa lagi erk? Oh ya, ari ni aku tak pose. Smalam aku pose. Aku nak makan buah betik tp tak juai laa pulak kat kafe..so td aku dah pesan KFC Fish yg baru tu ....hahah
Dah mkn.sedap woooooo!! hahahaha ( Wpun tak sehebat iklan)

Tuesday, January 10, 2006

Salam Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua. Tahun ni pertama kalinya merasa solat Hari Raya Korban di Masjid Subang Jaya. Tadi aku kuar dr umah dlm kul 7.45 pagi. By the time aku sampai kat masjid, kira tak ramai lagi. Perempuan kena solat kat atas sbb bawah semuanya dah bukak utk lelaki saja. Maka aku pun naik ke atas, solat sunat masjid.Then suddenly masa tgh khusyuk mendengar takbir sementara nak tunggu semayang raya,tetiba aku pandang sekeliling, mak ai penuhnya masjid.Even laki pun isi kan saf depan kat atas ni. First time aku rasa terharu tgk keadaan mcm ni. Ntahler kenapa tetiba rasa sebak. Selalunya aku dtg ke masjid ni ( ni laa masjid fav aku sejak kecil ) , tak ramai mcm yg aku lihat sekarang.
Lepas abis solat raya, aku balik ke umah. Nampak Faizza dah sampai. Sementara tunggu depa siap2 , aku pun memotong daun pandan. Memandangkan aku nak ziarah kubur arwah, so aku tunjukkan jln utk Faizza & Kuyah utk ke umah Aunt Timah. Then aku pun terus drive ke kubur arwah.
First time aku tgk ramai org menziarahi kubur tu. Selalunya aku pi tak seramai ni. Bagus bila dgr ramai yg membaca Surah Yasin, siap bawak anak2 utk kenal kubur nenek moyang etc. Aku sorang aje yg ziarah kubur arwah kawan aku ni. Dalam 20 minit aku berada di sisinya..
Lepas abis urusan aku kat kubur, aku terus bertolak ke umah Auntie aku...utk beraya bersama Tok.
Yg aku sedari...byk giler aku makan. Semuanya sedap bebenor!

Monday, January 09, 2006

Menjelang Hari Raya Haji...

Esok raya haji...tadi mama dah sms informing that mereka dah bertolak balik ke Tepeng. Raya Haji kali ni aku beraya di sini saja laa sbb tak cuti. First time nak merasa utk solat Raya esok kat masjid Subang. Kalau tak selama ni solat kat Kg. Kira kali ni divide laa sbb Tok turun KL, so aku raya dgn Tok, mama dgn yg lain raya dgn Tah. Ok laa tu kan.
Mengantuk betul hari ni. Semalam balik kul 11 malam drpd Hospital Selayang. Sebabnya semalam doc & nurse ckp condition Pah Cho tak begitu baik so dibenarkan ahli keluarga melawat wpun waktu melawat abis kul 7. Pah Cho keadaannya masih tenat. Badan berpeluh-peluh. Tangan dan kakinya sejuk benar.......
What can I say...??Hmmm.....
Td Faizza baru tepon. Dia cadang nak pi sekali ke umah Aunt Team esok. Hehe dia segan nak pi sorang2...eh ke dia tak tahu jalan? Mmm rasanya dia tak pernah dtg umah Aunt Team. No wonder lah kalut2 je. heheheh
Weekend hari tu Ammar & Adik tak dtg umah Pah. Agaknya depa ingat Pah dah balik kapung awal. Tu yg tak dtg tu. Aisheh rindu la rasanya. Aku ni mmg dah berkeinginan nak ada anak . Bestnya ada anak. Teringin betul nak curahkan kasih sayang sepenuhnya pada anak. Sayangnya takde anak sbb tak kawin lagi. Pelik lah keinginan aku ni. Anak tu aku mmg nak sangat, tp tak lak terpk nak bersuami lagi. Mama ckp takleh wo pk mcm tu. Tp boleh tak kalau aku nak bela anak angkat kelak kalau betul ditakdirkan aku tak kawin? Wo...bahaya betul pemikiran aku ni. hahahhaha.
Aku percaya semuanya di tangan Allah. Aku doakan aku terbuka hati dan bertemu jodoh yg baik dlm 2-3 tahun lagi laa..Buat masa ni aku rasa aku tak layak berkahwin sbb banyak benda aku kena perbaiki & aku takut aku menjadi seorang yg bisa mengguris perasaan org lain. Tak sanggup aku menjadi begitu. Aku akan berkahwin bila dah sampai serunya. Tp buat masa sekarang aku tak pk aku boleh. Calon sebenar pun aku tak tahu yg mana / siapa. Semua org aku berkawan, but when it comes to a serious relationship, arghh aku mmg terkedu tak terkata. Tak berani aku mengorak langkah. Kenapa aku rasa mcm ni?
Sesungguhnya hanya Allah yg Maha Mengetahui....

Saturday, January 07, 2006

Sabtu..

Hari ni aku mengambil kesempatan berehat sbb rasa sangat letih bekerja. hahaha lawak betul. Tp masa tengahari tadi, aku dgn mama & adik-adik pergi melawat Pah Cho sekali lagi. Keadaannya masih sama. Cuma kali ni tgn & kakinya agak panas sket, tak sesejuk semalam. Pah Cho masih tak sedarkan diri. Masih menggunakan mesin sokongan pernafasan. Apa yg boleh aku lakukan adalah cuma berdoa. Balik rumah aku mengaji mana yg termampu.
Semoga Allah s.w.t melindungi Pah Cho. Aku mendoakan yg terbaik utk dirinya. Tahun ni umur Pah Cho akan menjangkau ke 81 tahun. Tok lak dah 83 tahun.Adik beradik yg tinggal cuma Tok dgn Tok Nan je. Bila memikirkan ttg perkara ni yg rasa sedih benar. Betapa insafnya rasa bila mengingatkan hidup di dunia ini cuma sementara sahaja......

Friday, January 06, 2006

Hospital Selayang..here I come!

Akhirnya, daku telah berjaya menjejakkan kaki di Hospital Selayang. Alhamdulillah tghari tadi dpt gak pi ICU melawat Pah Cho. Inilah kunjunganku yg julung-julung kalinya ke Hospital Selayang. Jaraknya dr Subang kira2 40 minit gitu. Daku menggunakan LDP--> Damansara --> Kepong--> FRIM. Kalau jem mmg lambat laa.....
Hospital ni gaya rekaan dia ala-ala HUKM gak aaa...B4 melangkah masuk ke dalam building, melalui kedai2.Konsep lifnya ada persamaan dgn HUKM. Level ground/ lobi tu dah dikira level 3.ICU terletak di tingkat 5. Pelawat hanya dibenarkan masuk melawat 2 org= 1 pas saja. So kami semua bergilir2 laaa melawat.
Condition Pah Cho masih kekal spt biasa. Pah Cho masih tak sedar lagi.....Ramai gak yg amek kesempatan rehat waktu Jumaat yg agak panjang utk dtg melawat.
Abis je time melawat ( kul 1-2 je), daku pun pulang ke ofis...terlambat sket dlm 20 minit kot. Tp nasib baik tak kena marah. Thanks to all.

Thursday, January 05, 2006

Sama2 lah kita mendoakan

Pah Cho kini berada di ICU Hospital Selayang. Bernafas menggunakan mesin sokongan. Doktor menyatakan bahawa sudah tiada harapan memandangkan kuman telah merebak ke seluruh badan. Ya Allah sedihnya aku mendgr perkara tersebut.Aku masih belum berkesempatan menziarahi Pah Cho memandangkan waktu melawat hospital yg langsung tak memihak kpd time keje aku. Kalau aku pi time tghari, mmg tak sempat sbb waktu melawatnya yg terhad dan jaraknya yg jauh dr ofis aku. By the time aku sampai hospital, time melawat dah abis.Aku plan nak pegi esok petang, harap2 if segala plan aku lancar, dptlah aku pergi......
Betapa sedihnya aku bila berhadapan dgn situasi mcm ni...

Wednesday, January 04, 2006

2006....

Tahun baru, ada ke azam baru untuk aku? Tak silap aku aa, sepanjang aku hidup ni setiap kali tahun baru tak pernah aku ada azam baru. Maybe rasa mcm tak tercapai je kot..hahahha.
Sekarang ni ramai sgt dok target aku supaya kawin. Aku rasa sangat pelik kenapa aku saja yg kerap menjadi mangsa. Salah seorang drpd uncle ku telah mengemel aku as motivation 2 me & berkata bahawa namaku mmg menjadi sebutan untie2 (es) sbb aku memiliki ciri isteri yg baik katanya. Betul ke? Aku bertanya pada diriku. Aku mmg takut kalau orang memandang tinggi pada aku. Ntah2 mereka salah menilai aku. Aku ni mmg serba byk kekurangan. Dahla sesuka hati aje suka wat statement, selamba tak sudah-sudah.Pastu aku ni degil nya yg amat takyah ckp aaa. Aku rasa kasihan pada lelaki2 yg suka pada aku. Carilah perempuan lain, mungkin aku ni tak bisa membahagiakan anda....aku dgn kelemahanku. Aku tak tergamak melukakan hati org lain....maafkanlah aku.