»

Wednesday, March 29, 2006

Tidak Mahu.......

Aku tidak mahu keluar dari pintu itu...

Kalau boleh aku ingin bertapa selamanya ....

selamanya di situ....

Bukannya keluar dr pintu itu......!!!!!

Monday, March 27, 2006

Doa

Ya Allah ya Tuhan ku,
Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini
Memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu
Terasa terlalu lemah diri ini
tanpa pertolonganMu ya Allah
Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuhan Pemerintah hari pembalasan
Hanya Engkaulah yang kami sembah
dan kepadaMu kami memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan
nikmat keatas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai
Dan bukan pula orang-orang yang sesat
Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah
Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan
Aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya Engkau murkai
Aku masih lalai dalam ibadat
walaupun ku tahu ianya Engkau tuntuti
Ya Allah
Teguhkanlah iman ku,
kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu,
taufiqMu dan lindunganMu
Jauhilah aku dari segala laranganMu
Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat .....

Sunday, March 26, 2006

My Lovely Nephews!!!

2 superherokids fav aku...


Wan Ammar Qusyairi @ Abang

Wan Aliff Hamzah @ Adik

Saturday, March 25, 2006

Polish!!

Akhirnya setelah hampir 4 tahun usia Kelisa baru pagi tadi dia merasa dipolish!! Giler lama aku bertenggek. Dahlaa panas, dahtu aku menunggu almost 2 jam. Abis raban duit aku RM 100!!!!

Image hosting by Photobucket

Tuesday, March 07, 2006

Semoga Keajaiban Bersama Kita

Pukul 1 ptg semalam, Fahmi telah dipindahkan ke Wad Pediatrik, HKL.
Ujian susulan memang telah mengesahkan bahawa Fahmi mendpt leukimia. Alangkah sedihnya bila perkara sebegini berlaku kpd org yg terdekat dgn kita. Ini adalah my first experience. Selama ni tgk org lain aje yg mengalami keadaan sedemikian. Bila terkena kpdnya mmg terasa penangan kita sbg ibu saudaranya.Adakah ini namanya dugaan?
**
Td ibuku menelefon & memberitahu bahawa Fahmi telah berkata pada mamanya bahawa jgn tinggalkan dia kerana dia dah nak meninggal. Sedihnya daku dgn statement ini. Aku tak tahu bagaimana pula dgn perasaan mamanya & ayahnya. Doktor pakar akan berjumpa & menerangkan dgn terperinci akan kes Fahmi ini.
**
Sesungguhnya Fahmi, kami semua akan berusaha utk Fahmi. Dari segi sains, let the doc lakukan. From our side, kami akan berdoa & berusaha segala yg boleh.
**
Happy besday again, my dear.

Monday, March 06, 2006

Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan

Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.
Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapimengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"
Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.
Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh.
Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.
Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan RasulullahSAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besarpahalanya.
Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. ( Ni utk masa dpn aku laa kan...)
Alangkah celakanya rumahtangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Begitu juga celakanya persahabatan sekiranya di kalangan mereka saling tidak berteguran. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah,yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Bila hati berduka..

Mmm semalam ada kisah sedih berlaku. Ia berkenaan Fahmi, salah seorang nephew fav ku .Meh aku cite dr mula.
Ceritanya start mcm ni, menurut ibunya, Fahmi ni dah lama demam. Dlm seminggu ni dia selalu meragam, kurang makan, susah nak tido & selalu merajuk. Naluri seorang ibu & bapa telah merasakan bahawa ada masalah dgn anak lelaki tunggal mereka itu. So on Saturday, parentsnya membawanya ke PUSRAWI. Hanya ujian yg menyatakan ada masalah dgn hati saja dpt dijalanlan.Tp staff PUSRAWI kata depa hanya boleh wat test-test lain only on Monday. Memandangkan rasa tidak puas hati maka parents nya ingin mencuba alternatif lain, takkan nak tunggu Isnin.Then on Sunday morning, depa bawak Fahmi pi Kg Baru Medical Centre. Fahmi memang disahkan mendapat bengkak hati.
Aku.....
Daku sedang menonton tv pada jam 10++ pagi bila mendpt tahu bahawa Fahmi was admitted to KBMC. Dgn tak mandinya, terus daku meluru ke bilik air & mandi manda. Then, me wif my mom & my bro bertolak pergi. On the way, kami amik Wan Nyah.
Fahmi ditmptkan di Wad Kanak-kanak, tingkat 3. Masa kami sampai, doc tgh jumpa dgn parents dia. So we have to wait for a while. Berita sedihnya, susulan pemeriksaan bengkak hati tu,didapati bahawa Fahmi telah dikhuatiri mengidap leukimia. Ibunya menangis tak henti-henti apabila mendapat tahu bahawa Fahmi perlu membuat rawatan kemo selama 3 bulan (intensif) manakala rawatan keseluruhan mengambil masa 2 tahun. Oh Tuhan betapa aku pun sebenarnya terkedu dgn news ni. Fahmi baru 4 taun, apa laa yg dia tahu. Kesian dia kena hadapi penderitaan sedemikian. Kebetulan semalam adalah ulangtahun kelahirannya.
Setelah pulang, daku berdoa kpd Ilahi. Semoga miracle berlaku & . Bila daku terbayangkan wajahnya yg gebu & cute itu, serta karakter chicky nya yg sentiasa memikat hati, sesungguhnya daku sendiri tak sanggup kehilangannya.
Oh Tuhan, jgn disengsarakan diri Fahmi. Dia masih kecil & tak bersalah. Jika diberi peluang, biarlah daku yg mengambil alih penderitaan itu. Biarlah aku sendiri yg menghadapinya. Berilah sinar kepada keluarga itu. Jika perlu kan seseorang utk berkorban, aku sanggup menjadi pengganti....
Amin.

Thursday, March 02, 2006

Ya Ampun...

1. AKU MOHON KASIH SAYANG

ALLAH BERI MANUSIA YANG BERMASAALAH

2. AKU MOHON KEKAYAAN DAN GLAMOR

ALLAH BERIKAN AKU PELUANG PELUANG

3. AKU MOHON KEJAYAAN

ALLAH BERIKAN BERBAGAI HALANGAN UNTUK DIATASI

4. AKU MOHON KEBERANIAN

ALLAH BERI KETAKUTAN KETAKUTAN UNTUK DIATASI

5. AKU MOHON KEKUATAN

ALLAH BERI AKU OTAK YANG SIHAT

6. AKU TAK DAPAT APA YANG AKU MAHU

TAPI ALLAH BERI AKU APA YANG PERLU