PHDW, Hospital Kuala Lumpur
Petang smalam, rite after keje daku & ibuku telah terus ke GH-KL utk melawat Fahmi. Menurut ibuku, degupan jantungnya laju melebihi normal jadi Fahmi terpaksa dipindahkan ke PHDW utk pemantauan yg kerap. Sebelum itu, dia muntah2 darah akibat kesan sampingan makan ubat kemo tu. Bila doctor stopkan ubat, jantung lak berdegup tak normal.....begitulah kesan2 bila menjalani kemo. Sesungguhnya ketabahan manusia sgt teruji ketika melihat yg tersayang menderita kesakitan.
PHDW = Pediatrik High Dependacy Ward, terletak berdekatan dgn surau, level yg sama dgn pintu entrance. Memandangkan kami perlu mengejar masa, jadi pemanduan agak laju pada certain area sbb nak avoid jem & tanaklaa sampai lambat nanti dah takleh nak masuk tgk dia sbb waktu melawat dah abis.
Masa kami sampai, dia baru hendak dipindahkan, jadi kami pun ikut sekali dlm proses pemindahan itu. Cuma kami takleh masuk dlm PHDW memandangkan hanya ibu bapa sahaja yg dibenarkan masuk. Malahan pelawat lelaki ( bapa ) tidak dibenarkan selepas jam 10 malam.Kebetulan pintu sliding yg terbuka membolehkan kami melihat dari luar & apa yg ketara di sini adalah begitu banyak mesin2 yg ditempatkan di sini. Fahmi kelihatan resah aje melihat mesin2 & agak tak selesa jua tmpt itu kerana ibu yg menemani terpaksa duduk sepanjang malam berbanding kalau di wad biasa ada katil ibu disambung sebelah katil anak. Kesian ibunya.Misi yg kasihan melihat ibuku tertinjau2 dgn baik hatinya memberi ibuku masuk. Lalu tinggallah daku sensorang menanti. (Itu yg daku sempat tangkap gamba di atas.) Actually mmg takleh masuk, syukur laa ibuku diberi peluang. Daku mendoakan yg terbaik utk Fahmi......