Kerapkali aku terfikir pada usia yg akan menjelang 28 tahun ini, mengapa aku tidak lagi..masih belum lagi merasa keinginan untuk berkahwin ? Kenapa aku tidak seperti mereka yang lain pada umur sebaya aku, memikirkan owh kena kawin sbb umur sudah semakin meningkat. Walaupun terdengar juga sinisan kata2 daripada manusia di persekitaran, tapi aku tidak pernah terusik hati atau terasa ingin kahwin lagi buat masa ini.Kenapa aku? Is that what we call abnormal?Happening to me kah? ( Sorry ckp rojak ) Aku cuba menyelami diri aku, kerana aku ingin mencari jawapan kepada persoalan tersebut. Is there any weird kecenderungan yang menyebabkan aku jadi begitu? Puas aku berpk2, tetapi aku tidak mendapat jawapan. In fact, ada juga pernah bertanya benarkah aku memang tidak ada keinginan untuk berumahtangga atau aku hanya berselindung?Luaran berkata tidak tetapi di dalam hati ingin??Adakah aku manusia sebegitu? Pada tahun 2007 aku memikirkan tentang perkara ini, selama berbulan-bulan aku berfikir sebab setiap kali pk, aku takde jawapan lantas aku pegi buat keje lain. heheheh. Pastu bila teringat baru pk balik, kenapa aku tidak ingin mencari? Bila orang mencari aku, aku pulak yang masih tidak terima? Tapi aku langsung tidak mencari, meneruskan sahaja hidup aku dengan perkara2 dan pengisian yang aku sukai..tetapi aku tidak pernah cuba. Adakah kerana aku masih tidak melupakan lagi yang telah pergi? Masih belum lagi melepaskan memori itu? Untuk pengetahuan semua, aku dah tak kenang benda2 yang lepas, sebab aku percaya Allah bagi aku pinjam kehidupan di dunia ini semuanya bersebab.Hidup aku mesti diteruskan. Dugaan datang dan pergi, aku semakin positif pada tahun 2008 ini berbanding 2006 ke bawah. Aku dah nampak banyak benda dan perkara. Glad sebab aku sedar dan menyakini jalan yang aku ambil. Pada suatu hari, di mana masih baru lagi hari tersebut, setelah selesai solat, tiba-tiba aku mendapat satu jawapan kepada persoalan aku. Nampaknya aku masih tidak terbuka hati aku sepenuhnya untuk menyayangi orang lain sebab aku dah serahkan segala cintaku kepada Allah....maka sekarang aku hanya berserah kepada Allah untuk menentukan bagaimanakah destinasi aku yang seterusnya....cintakah dan dicintaikah............bukan aku yang ada jawapannya......
Masjid (Mosque of) Al-Amin, Sungai Tekali
1 week ago