»

Monday, February 11, 2008

Pelik lah

Ni sekali aje seumur hidup,aku akan tulis entry mcm ni..lepas ni aku malas dah.Aku tak faham kenapa bila sesama fresh blood, saling berkait, berkumpul bersama setiap kali kenduri kendara mahupun festival perayaan pun boleh ada sifat gemar memburukkan orang sekeliling dan suka menunjukkan bahawa diri itu "SERBA HEBAT & SERBA TAHU".
Aku tahu it's a bit rude to make this kind of entry. Forgive me for this tapi aku memang tak puas hati.Kenapa perkara macam ini perlu berlaku? Kenapa perlu ada sikap bermuka-muka & gemar bercakap di belakang tentang orang lain. Jika dulu aku pernah terkena, aku tak kisah sebab aku anggap ianya nasib aku yang tidak begitu baik & kehidupan aku tidak sehebat dia /mereka. Namun bila kali ini ia berlaku kepada insan yang aku hormati, aku sungguh berang.
Benarlah jika dikatakan,"DUIT BOLEH MEMUSNAHKAN MANUSIA, DUIT BOLEH MENGGELAPKAN HATI MANUSIA". No doubt beb, confirm betul. Kerana duit lah seseorang itu sanggup menjadikan dirinya hamba abdi orang lain. Sanggup sort of "SUSAH SENANG" kerana orang tersebut sedangkan dengan orang lain pedulik hape dia.Kenapa perlu depan cakap lain, belakang cakap lain. Bertikam2 itu sangat seronokkah? Boleh tak jelaskan kepada aku apa perasaan yang "KAU RASAKAN" apabile melihat orang lain saling berantakan? Seronok sangat ke?
And one more thing, seronok sangat ke bila sengaja membuatkan diri itu menjadi tumpuan para lelaki & orang sekeliling. Apabila keaiban orang lain kerap dijaja ia membuatkan kita alpa dengan keburukan sendiri. Kenapa kita mesti menjadi insan sedemikian. Adakah kita sangat seronok mempermainkan orang lain? Adakah kita hebat maka semua orang perlu tunduk pada kita???Adakah anda ingat orang lain akan lupa dengan semua kata2 anda sebelum ini yang kebanyakkanya adalah "CAKAP TAK SERUPA BIKIN" & "MACAM BAGUS"!!
Oh ya aku nak sound direct kepada semua yg ada masanya "JOIN" dengan apa yg dia / mereka lakukan, banyak2 lah bertaubat dan hindarilah. Janganlah kita menjadi umat yang binasa dek kerana kata-kata yang pernah / akan kita lontarkan.
Renung-renungkan dan selamat beramal....( sebut gaya pondan sket).