Friday, December 16, 2005
Balik Lewat...
Pagi td aku apply cuti pastu yg best nya cpt aje cuti aku dpt approval drpd immediate superior dgn Head Of Dept aku! Yiha!! At least aku dpt laa perabih cuti aku, drpd burn tak tentu pasal. Aku dpt carry forward lak 7 hari..last year aku cuma dpt bwak 5 ari aje ke dpn.Aku sebenarnya ada mcm2 cerita tp takde perasaan nak cite kan dlm blog. Aduhai....
Posted by WNR at 7:30 PM 0 comments
Monday, December 05, 2005
Untuk Diriku!
Tiba-tiba aku terfikir tentang tanggungjawab. Aku berfikir ttg apa yg aku lihat & aku belajar selama ini. Setelah kazenku yg sebaya dgnku kawin, ramai org menuturkan kata2 yg aku sudah boring utk dgr. "When will be yours?" "Taun depan ye?"" Dah kerja ni, boleh laa settle down.." Mcm2 hal nya. Mcm2 statement keluar. Aku sedar, mama sure mengharap yg terbaik utk anak perempuan sulungnya ni. Tp bila aku pk, aku tak tahu apa yg aku dpt berikan kpd mama. Kenapa aku lihat semua org seakan mudah perkatakan ttg perkahwinan? Atau salahkah anggapan aku ni? Aku pernah mengalami kesedihan....di mana org yg aku sayangi meninggalkan aku.Lepas sorang ...sorang pula.Bermula dgn arwah Tok pada usiaku menjangkau 13 tahun.Tapi yg menyedihkan aku adalah tak berkesempatan menziarahi arwah Pah semasa Pah hendak dikebumikan.Aku tak ada di situ..tak seperti sedara mara lain yg ada. Aku sedih bila arwah Haliza Wati, rakanku sejak di Kulim telah meninggalkan dunia ini. Tp aku tidak dpt melihatnya utk kali terakhir...sbb aku lambat tahu. Masa arwah Jannatul meninggal dunia, aku tahu pun bila aku baca di surat khabar. Sedihnya tuhan yg tahu. Alhamdulillah, Allah bantu aku.Semasa seorang rakan yg aku sayangi meninggal dunia.Wpun aku tak dpt menatapnya pada kali terakhir dia menamatkan nafasnya, tp aku berkesempatan menziarahi pengkebumiannya. Nasib baik aku dpt kesempatan itu, kalau tak, aku tak tahu mcm mana aku dpt menginsafi takdir Allah ini. Bagaimana aku dpt menghadapi hidup ini. Baru aku belajar erti kekuasaan Ilahi. Mana mungkin tercapai oleh manusia. Siang malam aku cuba berdoa. Aku ingin menjadi seorang yg taat kepada Allah. Tapi aku sedar aku ada byk kelemahan. Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini. Ada masanya aku sedar aku silap, tp ada masanya aku tak dpt mengawal tindakan aku. Aku takut andaikata saat nyawaku tercabut, masih byk dosa yg aku tinggalkan. Banyak hati yg aku kecewakan. Banyak perkara yg aku lupakan......
Aku tak sanggup berada dlm keadaan itu.
Posted by WNR at 12:41 PM 0 comments
5 Dec
Alhamdulillah..pada hari ini aku masih dipanjangkan umur. Wpun kadang kala aku rasa bahawa tak sepatutnya umur aku dipanjangkan sbb nanti bertambah pulak dosanya. Tapi aku manusia biasa yg perlu menerima segala takdir ilahi dgn penuh redha & sebaik2 nya cuba memperbaiki diri.Aku bertanya kpd diri sendiri, adakah aku dah bersedia utk perkara itu? Pada hari ini, lepas solat Subuh tadi, aku rasa yg aku tidak mahu meneruskan apa yg sedang berlaku. Aku rasa tak perlulah aku bercerita ttg apa yg berlaku memandangkan agak panjang & mungkin ketika aku sedang mengarang, aku akan rasa tersinggung dgn apa yg aku tulis. Cuma apa yg patut aku katakan adalah sejak dr mula lagi aku tak pasti dgn tindakan aku. Tp hari ini aku telah berikrar kpd diri aku bahawa aku akan meneruskan kehidupan aku tanpa memikirkan lagi ttg perkara itu. Aku sudah sampai pada satu tahap di mana aku merasakan bahawa menyayangi org yg sudah tidak ada lagi di dunia ini lebih baik drpd org yg hidup. Selama 3 tahun aku berasa tenang & menginsafi kejadian Ilahi tp bila aku cuba membuka peluang semula utk diri aku, aku rasa sort of menyusahkan diri aku & pihak yg terlibat. Mungkin aku tak pandai atau tak reti, at the same time aku rasa aku tak pasti dgn apa yg aku lakukan. Whether i'm on the rite path or not? I don't know. Mungkin aku tak layak utk ini semua. Berikan aku masa utk memikirkannya. Aku konpius.
Posted by WNR at 8:00 AM 0 comments
Thursday, November 24, 2005
Khamis Yg Indah
Lama aku tak menulis. Anyway aku nak ucapkan congrats pada kazen aku yg kini layak digelar Puan Noname di atas majlis pernikahannya yg selamat dijalankan di kampung kitaorg, ala...kg Ulu Kenas yg terletak di Kuale yg happening tu!! wahahah . Majlis tu mmg best sbb kita leh usha2 panas sambil bertemu sanak sedara yg lama tak jumpa. Lgpun, dah lama takde majlis kawin kat umah tok, last sekali pun kawen abg Noname dlm 4 tahun yg lalu kalau tak silap aku laa.......
Noname yg sebaya dgn aku sudahpun kawen. Kini next on da line ( kalau ikut umur laa kan...) patutnya si Tita. Tita baik kau kawen cepat!! hahahahaKalau nak tgk gamba kawen dia, cuba tgk kat link fotopages ni:-
http://nazley.fotopages.com/?entry=624479&back=http://nazley.fotopages.com/?page=0
Posted by WNR at 12:58 PM 0 comments
Wednesday, November 16, 2005
Pemula Bicara...
Aku cuba menganjakkan diriku satu step forward dgn membuat blog baru.Tapi sebelum aku pergi lebih lanjut, ingin aku tegaskan bahawa blog ini aku punya dan aku akan cakap sesuka hati aku. Jika kata2 aku membuatkan ada yg terguris, sori laa kan. Nak wat camner.Dah ni blog aku, tambahan pula aku ini cuma manusia biasa yg tak pernah sempurna, maka sudah pasti aku akan lakukan kesilapan itu. Jika anda mencari blog yg menarik, maka anda sudah salah blog. Hidup aku yg biasa ni tak menarik mana, begitu jua dgn blog aku. Aku cuma mencari ruang utk meluahkan kata-kata. Kemudian aku akan cuba mencari kesilapan aku pada hari-hari yg telah berlalu. Jika aku mendapat kesedaran yg benar, aku akan berubah & cuba sedaya upaya memperbaiki diri. Sesungguhnya blog ini merupakan luahan sebenar dari diri aku. Aku tidak berhajat utk mengambil idea dr org lain. Jika ada yg sama, barangkali itu cuma kebetulan. Cuma apa yg aku harap adalah,berikanlah kesempatan utk aku mencari diri aku sendiri. Aku tidak mahu bermusuh dgn diri aku. Aku mahu belajar menyayanginya. Sesungguhnya dia berhak disayangi.....
Posted by WNR at 1:54 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)