Aku cuba menganjakkan diriku satu step forward dgn membuat blog baru.Tapi sebelum aku pergi lebih lanjut, ingin aku tegaskan bahawa blog ini aku punya dan aku akan cakap sesuka hati aku. Jika kata2 aku membuatkan ada yg terguris, sori laa kan. Nak wat camner.Dah ni blog aku, tambahan pula aku ini cuma manusia biasa yg tak pernah sempurna, maka sudah pasti aku akan lakukan kesilapan itu. Jika anda mencari blog yg menarik, maka anda sudah salah blog. Hidup aku yg biasa ni tak menarik mana, begitu jua dgn blog aku. Aku cuma mencari ruang utk meluahkan kata-kata. Kemudian aku akan cuba mencari kesilapan aku pada hari-hari yg telah berlalu. Jika aku mendapat kesedaran yg benar, aku akan berubah & cuba sedaya upaya memperbaiki diri. Sesungguhnya blog ini merupakan luahan sebenar dari diri aku. Aku tidak berhajat utk mengambil idea dr org lain. Jika ada yg sama, barangkali itu cuma kebetulan. Cuma apa yg aku harap adalah,berikanlah kesempatan utk aku mencari diri aku sendiri. Aku tidak mahu bermusuh dgn diri aku. Aku mahu belajar menyayanginya. Sesungguhnya dia berhak disayangi.....
Masjid (Mosque of) Al-Amin, Sungai Tekali
1 week ago
0 comments:
Post a Comment