»

Thursday, November 24, 2005

Khamis Yg Indah

Lama aku tak menulis. Anyway aku nak ucapkan congrats pada kazen aku yg kini layak digelar Puan Noname di atas majlis pernikahannya yg selamat dijalankan di kampung kitaorg, ala...kg Ulu Kenas yg terletak di Kuale yg happening tu!! wahahah . Majlis tu mmg best sbb kita leh usha2 panas sambil bertemu sanak sedara yg lama tak jumpa. Lgpun, dah lama takde majlis kawin kat umah tok, last sekali pun kawen abg Noname dlm 4 tahun yg lalu kalau tak silap aku laa.......

Noname yg sebaya dgn aku sudahpun kawen. Kini next on da line ( kalau ikut umur laa kan...) patutnya si Tita. Tita baik kau kawen cepat!! hahahaha

Kalau nak tgk gamba kawen dia, cuba tgk kat link fotopages ni:-

http://nazley.fotopages.com/?entry=624479&back=http://nazley.fotopages.com/?page=0

Wednesday, November 16, 2005

Pemula Bicara...

Aku cuba menganjakkan diriku satu step forward dgn membuat blog baru.Tapi sebelum aku pergi lebih lanjut, ingin aku tegaskan bahawa blog ini aku punya dan aku akan cakap sesuka hati aku. Jika kata2 aku membuatkan ada yg terguris, sori laa kan. Nak wat camner.Dah ni blog aku, tambahan pula aku ini cuma manusia biasa yg tak pernah sempurna, maka sudah pasti aku akan lakukan kesilapan itu.
Jika anda mencari blog yg menarik, maka anda sudah salah blog. Hidup aku yg biasa ni tak menarik mana, begitu jua dgn blog aku. Aku cuma mencari ruang utk meluahkan kata-kata. Kemudian aku akan cuba mencari kesilapan aku pada hari-hari yg telah berlalu. Jika aku mendapat kesedaran yg benar, aku akan berubah & cuba sedaya upaya memperbaiki diri.
Sesungguhnya blog ini merupakan luahan sebenar dari diri aku. Aku tidak berhajat utk mengambil idea dr org lain. Jika ada yg sama, barangkali itu cuma kebetulan. Cuma apa yg aku harap adalah,berikanlah kesempatan utk aku mencari diri aku sendiri. Aku tidak mahu bermusuh dgn diri aku. Aku mahu belajar menyayanginya. Sesungguhnya dia berhak disayangi.....