Hari ni aku rasa sangat sedih. Ada beberapa perkara berlaku dalam hidup aku pada minggu ini tapi rata-ratanya adalah perkara yang sedih. Rasa di hati sapalah yang tahu...dahlaa aku pun bukan jenis yg suka cite pada org lain...maka lagi teruk laa rasanya.Senang cite mcm ni jela....jgn marah aku kerana bersikap jahat kerana dahulunya aku takkan jadi sejahat itu terhadapmu. Tapi dah kau yg memulakan segala benda yang menyakitkan hati aku, maka hasilnya sudah pasti aku yg diam menjadi marah, menjadi kuat menjawab dan merasa sungguh sakit hati.Aku telah gagal dalam satu perkara. Perkara yg aku pernah anggap sbg pencetus kegembiraan buatku jika aku berjaya...tapi akhirnya aku gagal jua. Barangkali dalam kehidupan dunia ini, aku bukanlah orang yang bernasih baik. Aku sentiasa tidak dapat mencapai sesuatu perkara dgn mudah. Sejak dari zaman sekolah lagi. Jika orang lain dgn mudahnya dapat mencapai sesuatu kejayaan, aku pula mmg terpaksa mencapainya secara sengsara dan mencengkam jiwa. Akhirnya menjadi lah aku seperti aku yang sekarang...aku yg sukar bermain perasaan mahupun berperasaan kecewa atau sengsara...ini kerana aku sudah semakin kebal. Aku sudah tidak dapat lagi menangisi segala perkara buruk..kerana semua itu telah kulalui...dan selalu sangat aku lalui. Aku memang kecewa dgn diri aku,nasib dan perjalanan hidupku tapi aku tidak pernah sama sekali mengalah. Aku takkan kecewa mahupun berputus asa. Aku bukan manusia pengalah. Aku kenal diri aku dan aku sentiasa tahu apa yang aku mahukan. Aku menerima segalanya....takpe takpe...biarlah jiwa aku kacau seketika.Aku akan bangkit semula...Insya Allah. Aku tahu.
Masjid (Mosque of) Al-Amin, Sungai Tekali
1 week ago