Semakin lama aku hidup..semakin aku cuba mengenali diri aku yg sebenar...tapi yg aku dapati aku hanyalah seorang yg suka bersendirian. Bila aku hang out with org lain, memang best tapi perasaan gembira yg wujud mmg tak seseronok bila aku bersendiri. Mungkin org akan kata bahawa aku gila. Ada ke suka sorang2 ke apa. Ya agaknya mmg aku gila....apa nak buat.
Tapi kan, bagi diriku...berseorangan adalah kekasihku. Aku pun berfikir kenapa aku begitu mencintai keadaan itu.Dan aku cuba memahami lagi mengapa aku rasa sungguh seronok apabila menyendiri...dan akhirnya aku dapati bahawa bila aku sendiri..aku akan lebih mengingati diri aku. Diri aku sbg hamba-Nya yg serba kekurangan & hidup sementara, dan pada ketika inilah aku akan rasa lebih hampir kepada-Nya. Perasaan sedemikian adalah perasaan terhebat. Sukar digambarkan dgn kata-kata.Aku melihat datuk & nenek ku serta org2 tua lain yg berada di sekelilingku...mereka semakin digamit usia. Mama ku ada berkata beliau berharap sangat agar aku sempat berkahwin ketika datuk & nenekku ini masih ada. Aku diam aje laa... aku tahu dan aku mmg ingin berkahwin...Insya Allah.
0 comments:
Post a Comment