»

Monday, June 26, 2006

Kawen..kawen..tema oren.







Last Sunday, member fakulti aku yg dikenali sebagai Dila telah melangsungkan perkahwinan dgn Wawa ( Irwan) . Majlis berlangsung di Dewan Serbaguna MBSA, Seksyen 11 Shah Alam. Tema dia...oren. Fuh lawa betul bila warna oren diaplikasikan dgn baik... hehehe. Org zaman sekarang mmg hebat dlm aspek menghias dan menggubah nih.


Selamat Pengantin Baru...

Bulan ni mmg ramai org kawen....betul laa bila pertengahan tahun, memang ramai org berlumba-lumba untuk mengadakan majlis walimatul-urus. Kenapa ya? Aku rasa sejak dulu lagi aku dah perasan perkara ni. Tapi apa salahnya kan. Bukan ke membina masjid tu merupakan satu perkara yang sangat baik dan sangat dituntut oleh agama? Oh ya, semalam aku terperasan masa berita, ada kuar isu pasal almost setengah juta rakyat Malaysia yang berusia more than 30 years masih TIDAK BERKAHWIN. Fuh..biar benar? Mmm.. tapi logik laa kan, based on current situation di negara kita ni. Bila isu mcm ni timbul, mcm2 laa perkara dikupas kan.Mcm aku laa..kalau org tanya aku kenapa aku tak kawin lagi pada umur aku sekarang (26 tahun dah aku ni...) jawapan aku yg utama ialah sebab................ TANGGUNGJAWAB.
Aku masih ada ibu dan adik2 untuk diberi perhatian. Aku bukannya orang yang berharta... tapi aku bersyukur kerana aku diberi kudrat & rasa tanggungjwb terhadap insan-insan yg aku sayangi ini. Kalau nak fikirkan tentang kawin, sapa tanak kawin. Nak-nak ini perkara yg dituntut oleh agama. Aku tidak pernah sama sekali cuba utk menidakkan perkahwinan. Cuma apa yg tersemat dlm pkran aku, aku kena support family aku, dlm apa yg patut, dlm segala kesusahan yg melibatkan wang. Aku bukannya org yg senang lenang boleh bercinta dan kemudian terus kawin, tanpa memikirkan kesusahan yg akan ditanggung oleh orang lain gara-gara keputusan aku tu. Dlm sebarang keputusan yg aku ambil, aku memang meletakkan diri aku sbg satu elemen di mana I have to think about others ...berbanding diri aku sendiri. Kalau korang berada di situasi aku, aku yakin korang faham kenapa aku berkeputusan begini.
Dulu, dalam 2-3 tahun lepas, time baru grad, bila org/ sedara-mara aku tanya bila aku nak kawin, aku cuma ckp lepas adik bongsu aku UPSR. Masa tu, yg aku pk..kesian adik aku tu kalau aku kawin awal. Cukuplah aku je yg rasa perasaan mcm tu, di mana org yg kita harapkan dpt mengurangkan rasa beban dlm diri, yg dpt bantu kita di kala kita memerlukan suntikan itu...alih2 org yg kita harapkan tu rupanya adalah org yg tak boleh kita harapkan. Aku tanak adik-adik aku rasa mcm tu. Aku dah penah rasa, aku rasa sakit. Sakit bila dikenang semula, tp kan barangkali nasib aku tidak begitu baik. Masa tu, aku dah sedar bahawa kita takleh bergantung pada orang lain, kita kena bergantung kepada diri kita sendiri. Pengalaman yg aku kutip selama ini adalah satu didikan buat aku. Mcm tu laa caranya aku meneruskan hidup.
Pastu kini aku terpk, adik aku taun dpn UPSR..mak ai kiranya jika aku masih solo sudah pasti aku akan ditanya semula soalan ini. Apa aku nak jawab? Mmmm takde jwpn dah. Aku rasa mesti org nak kenen2 aku dgn org lain, tp knowing me...hahahahahah.
AKu tunggu aje laa bidadara kayangan turun dari langit...nak soh aku cari. Aku dah malas. Kisah2 cinta yg sedih, tak kesampaian, penuh dgn dugaan dan segala perkara menyakitkan yg aku rasakan...okay, tak perlu lagi diperkatakan. Life goes on.

Friday, June 23, 2006

Jumaat Yang Penuh Kekenyangan...



Hari ni alhamdulillah, mmg rezeki pemakanan aku murah....ramai lak yg belanja. So tak sampai hati laa nak menolak. Aku ingat lagi, mak aku ckp kalau org bagi seelok-eloknya jangan menolak. Tak baik.
Aku kan selalunya kat ofis bukannya jenis yg suka makan sangat, sbb air cond ni menyebabkan aku jarang lapar.Lagipun Isnin & Kamis aku puasa...tapi arini kan...... Nauzubillah. Time aku menaip nie, aku baru lepas makan Chicken MC Deluxe. Kira ni meal yg ketiga.
Memula pepagi aku makan nasi lemak, sbb ada staf department aku ni belanja. Then aku makan bihun goreng yg aku order dgn akak tu smalam. So bihun ni kan peberet aku, mana leh tolak. Hasilnya sekarang, perut aku dah penuh dgn makanan. Pastu ada pulak yang pegi belikan Sundae Mc D tu...ada ha dlm peti ais tu.Gile betul pemakanan aku ni. Maunya next week kena puasa 4-5 hari.

Tuesday, June 13, 2006

I am in one difficult season

Aku memang sangat bersalah....bersalah kerana bersikap macam ni. Tapi hati aku mmg sangat terguris. Aku tahu perasaan terguris aku takkan lama..kerana aku cpt melupakan. Tapi aku memang bersalah kali ini dari segi tindak tanduk aku yg asyik mendiamkan diri...tp aku tak dpt nak mengelak drpd terasa sangat sedih. Aku memang tak suka org lain menjadikan aku sebagai isu. Aku rasa sangat terganggu apabila diri aku diperkatakan. Aku tak mahu berjanji kerana aku tahu akan sukarnya aku untuk menepatinya. Aku ada pengalaman bagaimana kesannya apabila manusia tidak menepati janji. Sakitnya hati, hanya Tuhan yang tahu...
Inilah saat yg paling getir dalam kehidupan aku. I may look so strong outside but inside..ampeh. Ada kalanya aku rasa agak kecewa dgn kehidupan aku. Walaupun tak semanis yg aku harapkan, tapi aku berharap semoga aku akan lebih memahami setiap situasi & cuba untuk tidak putus asa. Namun, apabila berada di saat ini, aku rasa mcm lemah je semangat aku. Aku rasa mcm seorang yg dipergunakan utk buat org lain senang...last2 aku dicampak bagai tisu tandas. Arghhhh !