»

Monday, June 26, 2006

Selamat Pengantin Baru...

Bulan ni mmg ramai org kawen....betul laa bila pertengahan tahun, memang ramai org berlumba-lumba untuk mengadakan majlis walimatul-urus. Kenapa ya? Aku rasa sejak dulu lagi aku dah perasan perkara ni. Tapi apa salahnya kan. Bukan ke membina masjid tu merupakan satu perkara yang sangat baik dan sangat dituntut oleh agama? Oh ya, semalam aku terperasan masa berita, ada kuar isu pasal almost setengah juta rakyat Malaysia yang berusia more than 30 years masih TIDAK BERKAHWIN. Fuh..biar benar? Mmm.. tapi logik laa kan, based on current situation di negara kita ni. Bila isu mcm ni timbul, mcm2 laa perkara dikupas kan.Mcm aku laa..kalau org tanya aku kenapa aku tak kawin lagi pada umur aku sekarang (26 tahun dah aku ni...) jawapan aku yg utama ialah sebab................ TANGGUNGJAWAB.
Aku masih ada ibu dan adik2 untuk diberi perhatian. Aku bukannya orang yang berharta... tapi aku bersyukur kerana aku diberi kudrat & rasa tanggungjwb terhadap insan-insan yg aku sayangi ini. Kalau nak fikirkan tentang kawin, sapa tanak kawin. Nak-nak ini perkara yg dituntut oleh agama. Aku tidak pernah sama sekali cuba utk menidakkan perkahwinan. Cuma apa yg tersemat dlm pkran aku, aku kena support family aku, dlm apa yg patut, dlm segala kesusahan yg melibatkan wang. Aku bukannya org yg senang lenang boleh bercinta dan kemudian terus kawin, tanpa memikirkan kesusahan yg akan ditanggung oleh orang lain gara-gara keputusan aku tu. Dlm sebarang keputusan yg aku ambil, aku memang meletakkan diri aku sbg satu elemen di mana I have to think about others ...berbanding diri aku sendiri. Kalau korang berada di situasi aku, aku yakin korang faham kenapa aku berkeputusan begini.
Dulu, dalam 2-3 tahun lepas, time baru grad, bila org/ sedara-mara aku tanya bila aku nak kawin, aku cuma ckp lepas adik bongsu aku UPSR. Masa tu, yg aku pk..kesian adik aku tu kalau aku kawin awal. Cukuplah aku je yg rasa perasaan mcm tu, di mana org yg kita harapkan dpt mengurangkan rasa beban dlm diri, yg dpt bantu kita di kala kita memerlukan suntikan itu...alih2 org yg kita harapkan tu rupanya adalah org yg tak boleh kita harapkan. Aku tanak adik-adik aku rasa mcm tu. Aku dah penah rasa, aku rasa sakit. Sakit bila dikenang semula, tp kan barangkali nasib aku tidak begitu baik. Masa tu, aku dah sedar bahawa kita takleh bergantung pada orang lain, kita kena bergantung kepada diri kita sendiri. Pengalaman yg aku kutip selama ini adalah satu didikan buat aku. Mcm tu laa caranya aku meneruskan hidup.
Pastu kini aku terpk, adik aku taun dpn UPSR..mak ai kiranya jika aku masih solo sudah pasti aku akan ditanya semula soalan ini. Apa aku nak jawab? Mmmm takde jwpn dah. Aku rasa mesti org nak kenen2 aku dgn org lain, tp knowing me...hahahahahah.
AKu tunggu aje laa bidadara kayangan turun dari langit...nak soh aku cari. Aku dah malas. Kisah2 cinta yg sedih, tak kesampaian, penuh dgn dugaan dan segala perkara menyakitkan yg aku rasakan...okay, tak perlu lagi diperkatakan. Life goes on.

2 comments:

Unknown said...

terasa kesunyian dan kespian sehh!...wahahahhaa..xkoser aku..anyway,aku pon tgh tunggu bidadara kayangan gak..jgn buah bidara jatuh berdebuk ats dahi cukup lerr...hahahha

WNR said...

Bidadara kau bukan dah jatuh dr kayangan ke? Cuma dia mendarat di negara Arab..hehehhe