»

Monday, July 31, 2006

2 ari yg sungguh sepi..hikhik

Geli tak tajuk entry aku ari ni? Aku sendiri pun geli menaipnya inikan pula nak mintak korang menyebutnya kan. Bunyinyer dah mcm pompuan gersang menunggu laki tak pulang2 dr laut setelah berbulan menjala ikan ... hahahah.
Tapi actually, bukan itu maksud aku. Aku cuma ingin menggambarkan perasaan aku apabila berada di ofis, tetiba black-out & memberi impak terhadap hidup aku.
Ceritanya cenggini, major electrical outage yg berlaku pada ofis aku pada ari Rabu, from 1pm to 4pm on 26th July 2006 telah menyebabkan emel & internet akses interrupted. Ini berlaku kerana malfunction of main core switch kat Data Center, HQ. Itulah yang pihak IT bgtau pada staf. Depa kata depa akan kerja on the weekend to make sure everything akan ok pada hari Senin.
Yg kelakarnya keadaan sekeliling ofis aku ni bila terpaksa bekerja tanpa internet. Semua pun mcm org tak betul aje. Tak kira mana2 tingkat. Sort of ilang motivasi cenggituh. Not to say yg selama ni depa asyik berlakon mengadap internet ke kan.Takde maknenya wat cenggitu sbb keje mmg byk tp kalau nak kerja mesti ada motivasi & penggalak semangat. Nak2 keje kat dptmt yg "Sure Stress" spt dptmnt aku nih. Tp dak dptmt aku relek aje sbb kami dok focus on closing, so mmg bz ah kan. Cuma kami stress bila nak gain info dr site la. Emel ofis takleh jalan, kan. Aku gelak abis tgk bebudak department lain yg ilang arah, siap ada yg tak keruan sbb tak dpt nak ber'ym'. Siap mentioned lagi. 2 ari lak tu kan. Bygkan gaji masuk tp takleh nak bayar bills maupun check balance. Maybank2u buat pertama kalinya tak sesak. heheheh.
Betul la...mmg pengaruh internet tu penting. Waktu rehat Jumaat yg lama tu pulak dah jadik macam mati kutu je dah setakat baca newspaper. Takde sumber lain utk diexplore. Jadilah org gilapagos mereng tapioka slama 2 ari.
Mak aku pun pelik tgk aku yg slama ni jarang online kat umah tetiba online 3 malam berturut-turut. Slalunya aku balik dari ofis mmg jgn harap aku nak online. Aku mmg jarang online kat umah. Tp kira takleh idup lak kalau tak check emel lama2.heheheh. Mende ntah aku nih.
Oh ya....aku masuk ofis waktu pagi dan mendapati bahawa...
"Eh arini aku dahleh bukak internetla... "
Maka congratz pada bala tentera ku yg telah mengotakan janjinya. Internet dan emel kembali pada masa yg dijanjikan. I'm so proud lah dgn korang. Mmg kelezzzzzz!!!!

Wednesday, July 26, 2006

Tak selamanya di dunia...

Mmm...smalam kira2 kul 9.30-10 pagi, kita dikejutkan dengan kematian Hani Mohsin, pelakon dan pengacara yang tak perlu diperkenalkan lagi. Al-Fatihah kepada arwah. Semoga rohnya diberkati Ilahi.
Actually, berita ni agak mengharukan aku jua. Ini disebabkan cara kematian arwah. Arwah rebah di airport , di sisi anak tunggalnya selepas mengadu sesak nafas. Kemudian dikejarkan ke klinik berhampiran airport & disahkan telah meninggal dunia.
Aku sangat kagum. Aku merenungi peristiwa ini dan cuba mengaitkan dengan diri aku. Dapatkah aku meninggal dunia sepertinya? Meninggal dunia dalam keadaan yang tidak menyusahkan orang lain sama sekali. Memang itu harapan aku sejak dulu. Aku berharap sangat agar apabila ajal aku telah tiba, aku pergi tanpa membebankan sesiapa. Aku ingin menjadi sepertinya. Aku berdoa semoga Allah kabulkan hasratku ini. Aku menginsafi kejadian Tuhan, aku bersedih di atas kelemahan diri.
Ya Allah, aku berjanji utk memperbaiki diri aku. Aku sedar aku banyak kelemahan. Semoga aku sentiasa mendapat kekuatan drpd-Mu. Aku tidak akan berhenti berharap.... aku akan kuat berusaha.

Tuesday, July 25, 2006

Jom Kita Pose Sama-sama !!!


PADA MUSLIMIN / MUSLIMAH SEKALIAN ,
DI BULAN YANG BAIK INI, LAKUKANLAH APA JUA KEBAIKAN SEMATA-MATA KERANA ALLAH swt.
BALASAN DARI ALLAH AMAT TINGGI, SIAPALAH KITA TANPA PAHALA.

Jangan lupa tahun ini 26 Julai 2006 = 1 Rejab 1427


KELEBIHAN BULAN REJAB
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah
muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabis.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidakditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur). Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas
segala Qalam. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh
tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.
Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah.
Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.
Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.
Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun
(bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluhbulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
Semoga kita sama2 m'dpt manfaat....
wassalam


Fashion 70's


Skarang ni aku tengah mabuk tengok cite ni kat 8tv, tajuknya Fashion Seventies. Ditayangkan pada jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam dari Isnin hingga Jumaat. Maka, cerita ini adalah reason aku berada di rumah pada setiap malam weekdays ya..*jgn kaco plzz*
Aku tak pandai nak cite sgt pasal cita ni, harap2 korang paham aje laa cara aku
merepek utk menyatakan summary sesebuat cerita. Siri ini memfokuskan kepada
kehidupan 4 org manusia, 2 laki dan 2 pompuan, dari zaman depa kecik
masa Korean War, sehinggalah kepada kareer dan kisah cinta mereka di
celah-celah booming fashion world of the seventies.
Young Joon Hee berkawan baik dgn little Kang Hee, tapi 2 girls ini get into trouble disebabkan oleh sikap greedy emak Kang Hee. Joon Hee juga berkawan baik dengan two boys, Dong Young, anak lelaki a military general ( rambut putih bapak dia ) dan Chang Bin. Tapi bila North Korean forces invade tempat tinggal mereka, maka kedua-dua both girls telah dipisahkan oleh ibu bapa mereka dan emak Joon Hee telah terbunuh dalam satu explosion. Kerana percaya bahawa satu-satunya anak perempuannya telah meninggal, maka Joon Hee's father adopts Kang Hee dan raises her as his own daughter.
Joon Hee telah discovered kat umah anak yatim oleh ibu Kang Hee, dan juga diadopted. Trauma yang wujud kesan peperangan menyebabkan Joon Hee dah hilang ingatan akan zaman kanak-kanaknya dan dia membesar di Pulau Minggol ( ntah betui ke tak ejaan ni). Mak Kang Hee menamakan Joon Hee sebagai Oh Duh Mi, so dia unaware of her true identity.
Tahun berlalu dan all four of their paths cross again, with complicated, destructive results. Di Pulau Menggol,Duh Mi telah berkenalan dengan Dong Young ketika mamat tu singgah di pulau tersebut. Dong Young, who has become an aide to the President, and although they do not recognize each other, there is an instant attraction between them. Macam2 peristiwa berlaku yg telah menyebabkan Duh Mi dah jatuh cinta pada Dong Young. Kemudian atas faktor tugas, Dong Young balik semula ke Seoul. Duh Mi yg slama ni mengimpikan untuk menjadi fashion designer dan ingin mencari Dong Young yg dicintainya, kebetulan pertemuan secara tak sengaja dengan petty criminal Chang Bin (oh kiut si botak ni ) telah bantu Duh Mi berhijrah ke Seoul untuk mencapai cita-citanya.
Chang Bin jatuh cinta dengan Duh Mi, tapi cintanya bertepuk sebelah tangan sbb Doe Mi tetap menyintai Dong Young. Kang Hee jugak bekerja dalam bidang fashion, dan memang selama ni telah in love dengan Dong Young, tapi punyalah dia frust bila dia dapat tahu yang Dong Young telah jatuh cinta pada Duh Mi. Yang lepas ni korang tengok aje la sendiri kerna aku penat menaip.hehehehe
Pelakon Fashion Seventies:
Lee Yo Won sebagai Joon Hee @ Oh Duh Mi
Kim Min Jung sebagai Kang Hee
Joo Jin Mo sebagai Dong Young
Chun Jung Myung sebagai Chang Bin.

Monday, July 24, 2006

Kematian manusia dengan pelbagai cara

Penulis: YB. Datuk Dr. Amran Kasimin
Penerbitan asal: Mingguan Malaysia online - 9 Januari 2005

Imam Sayuti menjelaskan dalam kitab Syarhi `s-Sudur, bahawa ketika ditanyakan kepada Musa tentang bagaimana ia berhadapan dengan kematian, Musa berkata: Mati itu bagaikan tusukan yang dimasukkan ke dalam perut yang memiliki banyak cabang, setiap cabang berhubung dengan urat-uratku. Kemudian ia dicabut dari perutku dengan kuat.
Si mati merasakan perutnya seakan-akan penuh dengan duri, seolah-olah nyawanya keluar dari lubang jarum. Langit seakan-akan runtuh ke bumi, sementara ia terhimpit antara keduanya. Kaab pula ketika ditanya tentang kematian ia menjawab: Kematian itu bagaikan ranting berduri yang dimasukkan ke dalam perut seseorang. Kemudian ditarik keluar oleh seorang yang sangat kuat. Maka terputuslah yang putus dan tertinggallah yang tinggal.
Sesungguhnya Umar bertanya kepada Kaab: Ceritakan kepadaku tentang kematian. Kaab berkata: Wahai Amirul Mukminin, kematian itu laksana pohon yang banyak durinya dalam perut anak Adam. Tidak ada satu pun urat dan sendi melainkan di dalamnya terasa penuh dengan duri. Sementara orang yang bertangan panjang dan kuat menarik pohon berduri itu dengan paksa dan kuat. Pada saat seseorang itu dalam keadaan sakaratul- maut, tidak kira sama ada mati mengejut atau mati biasa, sekujur tubuhnya bercucuran keringat. Kedua-dua matanya menjuling, hujung hidungnya mengembang, tulang-tulang rusuknya terangkat. Nafasnya menjadi sengal-sengal dan warna kulitnya menjadi pucat.

Aisyah ketika memerhatikan baginda dalam keadaan sakaratulmaut, yang terbaring di pangkuannya, mengusap air mata beliau yang berlinang. Ketika nafas seseorang itu sampai ke kalbunya, maka lisannya menjadi kelu dan bisu. Tidak seorang pun yang berupaya berbicara, manakala nafasnya terasa tersumbat di dalam dada. Hal demikian terjadi kerana tekanan kematian yang sangat berat menjadikannya sempit, lantaran sesakan nafas dalam dada. Setiap orang yang terkena tusukan masih mampu bersuara kecuali apabila tusukan itu menjunam di bahagian dada. Ketika itu ia jatuh terkapar dan menghembuskan nafas terakhir tanpa sempat mengaduh kesakitan, ataupun kerana faktor yang sangat rahsia sifatnya, yang menyebabkan lahirnya getaran secara automatik, akibat gerakan gitar suara yang tersengal-sengal.

Pada saat ini suhu badan menjadi lenyap kerana dahsyatnya tekanan kematian sehingga jiwa pun akan berubah, menjadikan suhu badan melonjak naik menjadi panas, atau sebaliknya, iaitu menjadi dingin kerana suhu badannya hilang. Di antara mayat ada yang dicabut nyawanya sedikit demi sedikit, tahap demi tahap, hingga tertahan di tengkorok. Setelah nyawa lepas dari tengkorok, masih tetap ada sambungan dengan jantung. Pada saat itu, ia direntap dari jantung. Rahsia rentapan ini menenggelamkan nyawa dalam lautan kematian. Sebahagian ahli ilmu kalam menjelaskan, sesungguhnya hidup bukan terdiri daripada jiwa sahaja, tetapi kehidupan itu adalah cantuman antara jiwa (roh) dengan raga (tubuh). Ketika jiwa sampai pada puncak tekanan kematian (sakaratulmaut), ia akan menghadapi pelbagai tentangan dan fitnah. Iblis syaitan mengirim bala tentera khusus untuk memesongkan iktikad manusia yang berada dalam keadaan sakaratulmaut.

Makhluk ini akan mengubah nature kewujudan mereka, menyerupai rupa manusia yang sangat dipercayai dan dicintai oleh orang yang sedang bergelut dengan mati, yang semasa hidup di dunia mereka pernah memberi nasihat dan rapat kepadanya, seperti ayah, ibu, saudara, guru-guru, teman-teman dan sebagainya. Ia datang dengan berkata: Saat ini anda berada dalam keadaan sakaratulmaut, sedangkan kami telah mati mendahului kamu. Dalam keadaan ini, matilah anda dalam keadaan Yahudi kerana ia adalah sebaik-baik agama di sisi Allah. Sekiranya mereka tidak berupaya menyahudikan orang tadi, makhluk tersebut akan pergi. Lalu datang sekelompok iblis lain berusaha menipu dan menggoda agar orang yang berkenaan mengaku untuk mati dalam keadaan Nasrani, kerana Nasrani adalah agama Al-Masih yang menggantikan agama Nabi Musa.
Begitulah seterusnya yang dilakukan oleh iblis dan syaitan. Dalam keadaan ini, tidak berupaya seseorang itu kecuali mereka yang kuat rohnya dan mendapat perlindungan Allah. Allah menggelincirkan mereka yang dikehendaki oleh-Nya, juga menyelamatkan mereka yang dikehendaki oleh-Nya, seperti yang tersebut dalam surah Ali-Imran: 8 yang bermaksud: Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi kurnia. Andainya Allah menghendaki hamba-Nya tetap mendapat hidayah dan kukuh iman, maka akan datang satu rahmat dari sisi-Nya. Dalam hal ini, ada pendapat yang menyatakan bahawa rahmat itu adalah Malaikat Jibril yang datang mengusir syaitan dan mengusap wajah si mati yang pucat, sehingga dapat dipastikan si mayat seumpama tersenyum dan wajahnya menjadi berseri-seri.

Khabar gembira
Dalam keadaan seperti ini, banyak orang yang kelihatan tersenyum kerana berasa senang dan gembira atas kedatangan malaikat yang membawa khabar gembira sebagai rahmat dari Allah.
Tidak ada sesuatu pun yang lebih menyenangkan dan membahagiakan manusia, selain daripada kedatangan malaikat yang membawa rahmat. Inilah yang dimaksudkan dari firman Allah (Ali-Imran: : Dan kurniakan kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia.
Mati itu sesungguhnya sesuai dengan fitrahnya, sehinggakan ada antara manusia yang mati ketika sedang melakukan sembahyang, sedang tidur, ketika sibuk melakukan kerja, mati mengejut, mati sedang menikmati hiburan dan sebagainya di mana nyawanya dicabut dengan mendadak. Di antara manusia, ketika rohnya sampai ke kerongkong, terbuka bagainya hijab sehingga ia mendapat melihat ahli keluarga, tetangga dan sahabat taulan yang telah meninggal dunia. Pada saat ini, akan muncul suara yang biasa didengar oleh semua makhluk kecuali oleh manusia dan andainya manusia biasa berupaya mendengarnya, tentu ia jatuh pengsan. Indera manusia pada detik-detik akhir kematiannya yang terakhir sekali berfungsi ialah indera pendengaran. Apabila roh telah berpisah meninggalkan jantung, maka indera penglihatan menjadi tidak berfungsi lagi, sementara itu pendengaran akan tetap berfungsi, sehinggalah nafas meninggalkan jasad. Kerana itulah maka Rasulullah menyuruh agar orang yang hampir mati diajar bersyahadah, sebagaimana sabdanya: Bimbinglah orang yang akan mati di antara kamu dengan syahadah, bahawa tidak ada Tuhan yang hendak disembah kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad itu adalah utusan Allah.

Berdasarkan keterangan yang dijelaskan di atas ternyata bahawa kematian itu sesuatu yang menyakitkan. Walaupun demikian, perlu dijelaskan bahawa penderitaan itu adalah sesuatu yang relatif. Bagi orang yang beriman, apabila tiba waktu matinya, maka dia akan didatangi oleh malaikat pencabut nyawa diiringi dua malaikat yang berwajah rupawan, berpakaian indah dan rapi, aroma baunya semerbak mewangi. Ketika roh keluar dan terlepas dari jasad, mereka menerima dan membungkus roh tersebut dalam lipatan kain sutera yang dibawa dari syurga. Mengenai kualiti keelokan dan kecantikannya, ia bersesuaian dengan kualiti iman dan amalan seseorang dalam agama, bukan bergantung kepada intelektual dan profesionalisme atau kekayaan ketika hidup di dunia. Dijelaskan, bahawa orang yang beriman apabila melihat wajah malaikatulmaut, penglihatan tersebut sudah cukup untuk menjadikan seseorang itu reda untuk dicabut nyawanya.

Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut nyawa seseorang itu sehinggalah orang yang beriman itu melihat tempatnya yang kekal di syurga dan orang yang tidak beriman itu melihat tempatnya di neraka. Keadaan sedemikian rupa sudah lebih daripada cukup menjadikan orang yang beriman itu begitu ghairah untuk ke syurga. Dan dia hakikatnya tidak boleh menikmati keindahan syurga, kecuali dengan mati terlebih dahulu. Kerana itu ia berasa reda untuk mati, demi menikmati keindahan syurga. Mati bererti menemui Allah. Orang yang terlalu inginkan mati ialah orang yang terlalu ingin bertemu dengan Allah. Apabila seseorang itu reda menemui Allah, maka Allah akan lebih reda untuk menemuinya.
Mingguan Malaysia 9/1/05

Al-Fatihah


Al-Fatihah kepada arwah Muhammad Fahmi yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam kira-kira 10 pagi, Jumaat-21 Julai 2006. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah. Betapa kami terasa akan kehilangan arwah. Arwah seorang yang sangat cute dan mempunyai karekter yg sungguh cheeky !
*Credit to the owner of the pic.(Zamirayasmin)Thanks*