Selalunya aku berfikir ...tentang kehidupan ini. Aku sedar ianya bersifat sementara lantas aku sepatutnya tidak mensia-siakan segala yang ada. Tapi bila aku duduk bersendirian dan sambung berfikir lagi..aku tak tahu apa sebenarnya yang aku cari dalam hidup ini. Aku sungguh gerun memikirkan jika aku mencapai kematian pada waktu ini. Ops sudah pasti ramai yg tidak suka jika kita berbicara tentang kematian. "ish tak elok ckp mcm tu, apa merepek2 ni" etc repons kedengaran jika soal Mati dibicarakan.
Aku terpk jika aku mati kelak. Macam mana keadaan aku bila aku mula2 bangkit dari kubur? Macam mana keadaan sekeliling aku? Seksaan bagaimanakah yg akan aku harungi akibat daripada dosa2 yang tidak tertebus lagi?Nak diikutkan macam2 persoalan bermain di minda aku ni. Tapi bila kepala aku seakan diketuk, aku menyedari bahawa aku tidak boleh mempersoalkan perkara2 sedemikian. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Tapi serius aku takut memikirkan bagaimana aku diseksa di akhirat kelak. Betul ke bila sangkar kala ditiup menandakan hari Kiamat yg tiba,semua manusia lari berkeliaran dlm keadaan bogel? Hilang arah dan mencari-cari? Ish mmg gerun aku dibuatnya. Malunya aku jika aku dibogelkan di khalayak ramai. Tp aku ada baca bahawa ketika keadaan itu berlaku, semua manusia tidak ada ingatan / perasaan malu. Pada ketika itu apa yang kita terpk tentang pembalasan yg akan berlaku....ntahlaa macam2 yg aku baca. Semuanya takut2 belaka. Sakit kepala aku bila memikirkan. Walaupun aku terkenal dengan keberanian aku, tapi aku mmg takut mati. Mmg takut. Hari-hari aku berdoa semoga aku dipilih sebagai insan yang baik di sisi Tuhan. Aku takkan jemu meminta. Tak kisahlah segala Qada' dan Qada Allah aku akan berusaha menghadapi dan tidak sama sekali mengalah. Aku takkan main ckp aje. Cakap aku MESTI SERUPA BIKIN.Pen off...kejap lagi nak balik.