Sudah lama aku tak menjengah blog aku ni. Rasanya sudah sekian lama ada masalah pada coding template aku yg menyebabkan error on page. Pastu memandangkan aku dah malas nak letak2 template warna warni maka aku rembat aje lah template yg disediakan.Takyah susah-susah nak pikior kenapa page aku lembap etc.
Aku balik ke Taiping pada weekend lepas selepas menziarahi Tok di Ipoh. Bercerita soal di Ipoh, Tok nampak semakin sihat but bengkak2 pada kedua-dua belah tangannya menyebabkan sayu pulak hati aku dibuatnya.Bila dipegang2 tangan itu terasa urat2 yg menunjukkan usia yg semakin lanjut. Setelah selesai urusan di Ipoh maka berangkat pula ke Taiping. Lepas amik Tah dari umah OBJ ( I ate a lot ok), then kami balik kemas2 umah etc. It was like a holiday pulak bila dikenangkan terlalu banyak food ditelan , tido dlm air cond, lepas Subuh tido balik kuak lentang tak hengat, pastu kan takyah pakai tudung etc ..yes that is the main reason kenapa aku terasa seperti sedang bercuti. Bila ku pandang kepada wajah Tok dan Tah yg semakin dimamah usia, aku sedih. Teringat zaman masa muda2, kanak2 dulu. Aku merindui kepada semua arwah2 yg sudah tiada. Aku merindui Tok ( OBJ 8, where I got the "Wan" thang ), Tok meninggal when I was 12 years old. Tapi sampai skarang stil terbayang2 wajah dan renungan dia. Aku selalu terpandang gambar aku masa umur 1 tahun bersama arwah Tok ( the only pic di mana aku tidak memakai baju..hahhahah). Bila aku berjalan ke bilik belakang tembus lepas bilik air tu, aku rasakan macam arwah Tok masih ada. Memandang aku sambil berkata..Oits nape masuk opis Tok ni erk.hahaha ( His office is one of the "No Entry" place utk kanak2 seusia aku pada masa itu). Aku juga sangat merindui Pah ( Zan Hadijah). She's a special woman. Patuh, taat pada suami, ciri2 terbaik dimiliki seorang isteri. Aku masih ingat when my mum gave birth to my younger bro( masa aku form 3). It was Pah yg bertungkus lumus menemani aku masa mama di SJMC dan bz menyetelkan urusan rumahtangga dgn lancar sampai kami tak terasa sebarang kekurangan langsung. I remember when she sat on the stairs ( yg 2 keping tu) while watching Hindi Movie, arwah Pah mesti tonton dgn penuh emosi, siap tanya kita berulang kali what will happen to the hero etc, wpun ada kalanya mata terkebil2 sebab mengantuk namun Pah masih tak berganjak dari tangga tu. Itu saat2 yg aku suka kenang kembali. Daripada 4 orang ( 2 Tok dan 2 nenek from both side), kini hanya tinggal 2 yg masih hidup( Tok=Datuk belah mama) ( Tah= Nenek belah ayah). Umur mereka pun sudah menganjak ke 80 tahun. Aku menulis ini utk menyatakan betapa aku sayangkan mereka. I was selfish one day masa tgh baring and lepak2 kat katil Tah; bila memikirkan kalau aku dah kawin for sure aku tak dpt nak lepak2 dgn Tah sbb kena layan suami dan anak2...sampai mcm tu sekali boleh pk. For sure I am very selfish. I'm glad that I am still single and always ready to mingle.hahahah
Aku berdoa untuk keempat-empat mereka. Mereka adalah pinjaman Allah kepada aku yg paling bermakna selain parents aku. Tak dapat dibayangkan bila berlaku kehilangan lagi...atau aku kan yg akan hilang terlebih dahulu dari dunia ini?
0 comments:
Post a Comment