Masjid Quba merupakan bangunan yang pertama kali didirikan ketika Nabi Muhammad saw. datang hijrah dari Mekah ke Madinah. Masjid ini terletak sekira 5 km dari Masjid Nabawi.
Banyak keistimewaan pada Masjid Quba. Pertamanya adalah kerana masjid tersebut dibangunkan secara langsung oleh Nabi saw.
Rasulullah memilih membangunkan masjid terlebih dahulu, daripada bangunan-bangunan lain, seperti rumah. Sedangkan pada masa tu,Nabi Muhammad masih dalam keadaan penat setelah menempuh perjalanan jauh dan berbahaya dari Mekah ke Madinah, spjg lebih kurang 500 km.
Rasulullah menyuruh untanya berjalan, untuk mencari tempat yang sesuai. Di sebuah tempat, di Desa Quba, unta itu berhenti dan menelungkup di atas tanah kepunyaan Kalsum bin Hindun, yang kemudian mewakafkannya bagi kepentingan umat Islam.
Di situlah Nabi menyuruh umat Islam Mekah yang berhijrah (Muhajirin) dan umat Islam Madinah yang menyambut dan memberi pertolongan (Ansar) membuat bangunan peribadatan. Maka wujudlah Masjid Quba', yang menjadi tempat pelaksanaan salat berjemaah pertama kali diimamkan oleh Nabi dan diikuti oleh semua umat Islam, baik Muhajirin mahupun Anshar.
Keistimewaan lain, tanda kiblat pada Masjid Quba dibuat langsung oleh Rasulullah, terbuat dari batu. Mengarah ke utara, ke Masjidil Aqsa di Jerusalem. Ketika kiblat beralih ke arah selatan, ke Masjidilharam di Mekah, tanda kiblat baru dibangun lagi atas petunjuk Nabi.
Masjid Quba di dalam Al-Quran (Q.S. At-Taubah:108) disebut sebagai "Masjid Taqwa". Ia didirikan atas dasar takwa, sehinga kaum Muslimin sepatutnya lebih bersolat di dalamnya. Masjid Quba' juga dinyatakan sebagai tempat orang-orang yang ingin membersihkan diri, amalan yang sgt disukai Allah SWT.
Pada tahap awal pembangunannya, Masjid Quba hanya berbentuk lapangan terbuka, yang disebut sahn. Tempat unta tunggangan Nabi menelungkup dulu, dinamakan mabrakun naqah. Sedangkan di bagian mihrab yang beratap, dinamakan taqatul qasaf. Sekelilingnya dibatasi dinding. Hingga zaman Khalifah Ali bin Abi Talib, bangunan Masjid Quba masih sangat sederhana.
Pada zaman Abdul Malik bin Marwan, khalifah kelima Dinasti Umayyah (685-705), Masjid Quba diperluas. Dan pada zaman Umar bin Abdul Aziz, khalifah kelapan Dinasti Umayyah (717-720), Masjid Quba dibesarkan. Tiang dan dindingnya dibuat dari batu, atapnya terbina daripada kayu yang kuat.
Para penguasa Islam selanjutnya, silih berganti memagar Masjid Quba, hingga menemukan bentuknya seperti sekarang. Mereka antara lain Jamaluddin Asfahani dari Dinasti Bani Zanki yang berkuasa di Mosul (Irak), Nasir Muhammad Qalawun dari Dinasti Mamluk (1294), Sultan Muhammad II Al Fartih dari Dinasti Utsmani Turki (1444), dan pemerintah Saudi Arabia.
Bentuk dan luas bangunan Masjid Quba sungguh megah dan indah. Bahagian dalamnya dihampari permadani tebal. Kubah dan menaranya begitu cantik. Dilengkapi tempat wuduk, & kamar mandi.
Di Masjid Quba' para peziarah biasa mengerjakan salat tahiyatul masjid dan salat duha, dan merenungkan nilai-nilai perjuangan Nabi saw. bersama umat Islam Muhajirin dan Anshar menegakkan syiar Islam di kota Madinah.
Masjid (Mosque of) Al-Amin, Sungai Tekali
3 weeks ago
0 comments:
Post a Comment