»

Monday, October 30, 2006

Makkah Al Mukarramah


Aku memanjatkan syukur kpd Allah kerana sudi menjemput aku menjadi tetamu-Nya di bumi Haram. Tak tau mcm mana nak kata...mmg tak terkata. Saat menatap Kaabah secara live merupakan satu kenangan yg tidak dpt aku lupakan sepanjang hayat. Allah Maha Kaya, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya tahun 2006 ini merupakan tahun yg amat menggembirakan aku.Baru aku tahu apa sebenarnya yg dicari oleh diri ini. Patutlah selama ni aku tak begitu seronok bila tgk teater ke, tgk wayang ke, ronda2 ke lepak2 ke, hanging out ke apa.Selalu aku berfikir kenapa aku memiliki perasaan sedemikian. Di manakah kegembiraan aku? Rupanya kegembiraan aku adalah bila menjadi tetamu Allah. Mcm dah jumpa apa yg diri aku ni cari. Jiwa aku meronta...lepas ni aku mesti datang lagi. Plus aku berdoa semoga aku dapat menunaikan haji pada usia yg muda. Doa utama aku hanya Allah, aku & ibuku yg tahu.Semoga termakbul...Insya Allah.

0 comments: