»

Monday, October 30, 2006

Masjid Qiblatain

Masjid ni adalah Masjid 2 Kiblat.






MASJID Qiblatain (Dua Kiblat) didirikan beberapa ketika setelah hijrah dilakukan. Pada mulanya, kiblatnya menghadap ke Masjidil Aqsa. Ketika Nabi saw. melakukan salat Zohor (riwayat lain menyebutkan salat ashar) berjemaah, turun wahyu (Q.S. Al-Baqarah:114), yang memerintahkan mengubah arah kiblat ke MasjidilHaram.

Sebelum dinamai Qiblatain karena perubahan arah kiblat itu, masjid itu bernama Masjid Bani Salamah. Terdapat danau kecil berair jernih milik seorang Yahudi. Mengingat pentingnya air untuk masjid, sahabat Uthman bin Affan membeli danau itu seharga 20 ribu dirham dan menjadikannya sebagai wakaf. Air danau tersebut hingga sekarang masih berfungsi untuk bersuci dan mengairi taman sekeliling masjid, serta air minum penduduk di sekitarnya. Hanya bentuk fizikalnya saja sudah tidak kelihatan, kerana terlindung dengan tembok.

Pemagaran Masjid Qiblatain dilakuan secara berterusan, sejak zaman Umayyah, Abbasiyah, Utsmani, hingga zaman Saudi sekarang. Pada pemagaran terdahulu, tanda kiblat pertama masih jelas kelihatan. Di situ tertera bunyi ayat 144 Q.S. Al-Baqarah, ditambahkan dgn larangan bagi siapa saja yang bersolat, agar tidak menggunakan kiblat lama itu.

0 comments: