»

Sunday, December 30, 2007

Sabtu...oh menternak badan?

Harie ini aku rasa aku sungguh terlebih makan...maka itu telah menyebabkan aku tak tido2 sampai sekarang. Mari aku bercerita sambil meng"list"kan apakah yg aku makan yg menyebabkan aku rasa arini aku menternak badan.
Ok kita mulakan dgn waktu pagi....Pagi aku bangun awal laa jugak. Masa tgh lepak2 atas katil dpt lak sms dari kazenku menyatakan jadik pi swim. Memula aku ingatkan tak jadik sbb malam smalam lepas aku balik dari Hilton, aku check talipon aku takde sbrg jwpn...so ingatkan kazenku kebzyan.So kami pi swim dlm jam 9.30, memula swim patah balik 2 ke 3 kali then kami lepak di tmpt dalam sambil berborak2 pula...last2 jam 11.30 ke apa so kami dah rasa nak terkucil dgn air pool yg sgt sejokkk tu maka kami berangkat pulang...tp tak pulang2 lagi sbb kami bergerak ke Shah Alam kerana kazenku ingin menyampaikan kek belated kepada Guru Mun.hahhaha
Kami makan Mc Donald sebelum beli kek, aku makan Medium Set Prosperity. Beli kek sambil aku beli ban2 utk dibawa pulang menjamu org rumah.Then kami pun pi singgah Kalabul 91 utk passkan kek. Then aku balik umah, mak aku dah beli bihun tak smpai hati lak then aku makan. Satu ban sosej pun aku makan.Kemudian anak2 buah aku dtg, main2 dgn depa then jam 2 lebih aku rasa mata aku mengantuk.Aku kononnya nak take a nap kejap...dlm tengah2 laloq tu mak aku kejut soh makan Pizza sbb kakak ipar aku belanja. Bangun pi makan lagi...then aku rasa kenyang giler pastu aku baca buku.
Dlm kul 3 adik aku balik dr beli goreng pisang Azmi yg sedap tu.Kami panggil pisang kedut. Then aku makan lagi. Pastu confirm aku tertido.... dlm minit2 before Shin Chan start baru aku terbangun. Pastu smbl tgk Shin Chan then Doraemon, aku minum air oren. Anak buah aku nak makan then aku suap, dah dia tak abis aku lak kena abiskan ikan bawal dan udang tu.Pastu aku pi luar umah jap jenguk2 pokok2 bunga pastu masuk balik then bawak anak2 buah aku mandi sbb aku tersiram depa ( sengaja) masa aku siram bunga.hahhaha Sebab tertido sampai lupa nak layan pokok bunga maka aku menggantikan curahan kasih sayang aku.Anak2 buah aku mandi sampai mereka memandikan aku sekalik. Siap soh aku berkemban lak. Cis nasib aku tak berkemban sama ....hahahhaa
Pastu aku lak mandi2 then siap2. Nak anta adik aku ke Bus Stand Putra. Dalam jam 9 aku drive kami bertolak. Then aku balik umah jam 10.30, pastu aku siap minum2 sambil makan buah lak. ISh ish banyaknya makan...dah rasa mcm tong dram dah.hahahahha
Sekian laporan pemakanan aku. Sungguh tak patut dicontohi, esok kena diet.

Friday, December 28, 2007

Srikandi / Tokoh / Puteri Kebanggaan Aku




Dari kecil lagi, aku sangat mengkagumi nama-nama seperti Toh Temong, Raden Mas & Puteri Tun Teja....sejarah menunjukkan di antara mereka, ada memiliki pekerti yg sangat mulia, pemerintah yg adil, alim dan warak etc...jd aku pinjam gamba dr MRS ( credit to him) dan aku letakkan di sini sebagai paparan utk mereka yg tidak pernah menziarahi makam2 mereka ( termasuk aku laa tu ).

Petunjuk :

Oren Hijau = Makam Raden Mas ( Singapura)

Di dlm Pagar = Makam Toh Temong ( Perak)

Bunga Merah=Makam Tun Teja ( Melaka )

Ziarah...




Balik kg sempena Hari Raya Haji tempoh hari, aku sempat menjengah ke pusara arwah Tok Wan Ahmad Isa Shukri ( my father's father). Pusara arwah bertempat di Masjid Ubudiah, KK. Pusara arwah tok terletak begitu hampir dgn masjid ( tepi..kalau tgk gamba masjid ni, kira kubur Tok belah kiri tepi tu je) .


Lepas ziarah kubur arwah Tok, then kami menjengah ke pusara arwah Moyang ( arwah Tok's mother yg bernama Toh Puan Teh Kamariah ) yg terletak di belakang masjid. Sebelah kubur moyang adalah kubur my father's sister, Wan Aishah namanya. Meninggal ketika kecik, melecur badan terbakar gara-gara bermain mancis. Kalau hidup lagi, Aunty Aishah ni adalah adik perempuan bongsu Papa.



Lepas tu, kami diberitahu oleh penjaga makam bahawa kubur Laksamana Muhd Amin yg paling hujung tak jauh dari kubur moyang Teh Kamariah. Pastu kami pun ke sana, sambil menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Laksamana pun ada kena mengena juga dengan kami sbb Laksamana adalah pada belah Tah ( Papa's mother). Ayah Tah bernama Laksamana Mohd Razali, yakni cucu cicit Laksamana Mohd Amin juga.



Perlu dijelaskan di sini bahawa aku memaparkan semua perkara ini diblog bukan untuk bermegah2 ke apa, siapa lah aku untuk bermegah2..tak layak pun. Cuma aku harap dengan menulis di blog ni, tak kira tua mana kelak, aku masih boleh mengingati mereka dengan membaca penulisan aku. Aku sayang mereka, tanpa mereka, aku pun takde di dunia ini. Aku percaya mereka sentiasa berada di sisi cucu cicit mereka, dan mendoakan yg terbaik utk anak cucu mereka. Cuma manusia ini, what I mean adalah kita yang sedang hidup ini yg selalu lupa untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan para arwah2, dont be selfish, alang2 berdoa tu silalah berdoa utk semua......

Alhamdulillah aku sudah diberi kesempatan untuk hidup sehingga ke hari ini. Aku baru aje mencongak-congak, hari nie masuk umur aku 27 tahun 9 bulan dan 13 hari.....semoga segalanya indah buat aku akan semakin menjadi-jadi....

Jumaat 28 December !

HAPPY BIRTHDAY PAPA!!!

Thursday, December 27, 2007

PMR

Tahniah kepada kedua2 kazen aku yg score straight A's dalam PMR mereka. Result baru kuar td dalam jam 11.20 pagi. Kedua-dua gadis yang bijak ini memang hebat! Hip Hip Hooray. Sorang dapat 9A's ( including Bahasa Arab) and sorang lagi dapat 8A( subjek yg diambil mmg totalnya 8).

Tetiba aku teringat zaman aku amek PMR dulu. Ya memang aku salah seorang warga 8A's juga. Bukan nak riak kat sini, cuma terkenang aje kisah lama. Kalau dikira-kira dah almost 12 years kisah itu berlaku. Form 3 ialah zaman aku sedang gembira...mengenali dia..happy happy....masa tu aku teringat yg aku dpt Best Student PMR utk subjek Pendidikan Islam. Tgk betapa baiknya aku? hahahhaha. Semuanya tak terduga. Inilah hidup.

27 Dec

Arini dah ari Khamis...esok Jumaat. Bestnya keje 3 hari je seminggu...next week pun sama keje 3 hari je seminggu...semakin malas..malas..malas....

Monday, December 17, 2007

Lately ni aku selalu merindui arwah2 yang sudah takde..ntah kenapa....adakah aku perlu menyediakan wasiat (wpun tidak seberapa?)

Arwah Tok's father





Allahyarham Tengku Menteri Dato' Wan Ahmad Rasdi bin Wan Mohamad Isa adalah pemegang gelaran "Orang Kaya Menteri Paduka Tuan" yang ketiga. Beliau diputerakan di Taiping dalam tahun 1895 dan mendapat pendidikan awal di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Beliau meninggal dunia pada tahun 1943. Beliau adalah cicit kepada Pengasas Bandar Taiping (Larut) iaitu Long Jaafar dalam tahun 1840an.




Allahyarham juga adalah cucu kepada Menteri Larut yang pertama, Ngah Ibrahim. Dalam tahun 1863, Sultan Jaafar Mua'azam Shah (Sultan Perak Ke-23) telah mengurniakan gelaran "Orang Kaya Menteri Paduka Tuan" kepada Ngah Ibrahim, termasuklah memberi kuasa sebagai pemerintah Larut (Taiping) sehingga ke Kerian dan Bagan Tiang.




Dua orang daripada anakanda kepada Allahyarham Tengku Menteri Dato' Wan Ahmad Rasdi telah mewarisi gelaran tersebut iaitu Allahyarham Tengku Menteri Dato' Seri Wan Ahmad Isa Shukri sebagai pewaris ke-6. Gelaran tersebut disandang oleh adinda Allahyarham iaitu Allahyarham Tengku Menteri Dato' Seri Wan Omar sebagai pewaris ketujuh.




Allahyarham Tengku Menteri Dato' Wan Ahmad Rasdi pernah berkhidmat sebagai Deputy Assistant District Officer (DADO) di Taiping dalam tahun 1920an dan dilantik menjadi Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak. Semasa hayatnya, beliau sangat mengambil berat dan bertanggungjawab dalam hal-ehwal kegiatan agama Islam dan kebajikan kemasyarakatan.
Allahyarham seorang yang taat dalam mengerjakan ibadat kepada Allah s.w.t., sangat bermurah hati dan bertimbang rasa kepada semua lapisan masyarakat tidak mengira bangsa, agama dan keturunan samada miskin ataupun kaya. Di kediamannya sentiasa orang ramai datang dan tinggal bersama keluarganya. Selain daripada itu, mereka juga memohon berbagai-bagai pertolongan daripadanya. Beliau juga seorang yang amat berdisiplin dan tegas dalam kehidupan seharian.
Suatu peristiwa yang menyedihkan telah menimpa Allahyarham iaitu sewaktu dalam perjalanan ke Kuala Kangsar atas Titah Mengadap oleh Almarhum Sultan Abdul Aziz ketika itu. Apabila tiba di Bukit Berapit, beliau telah dipaksa turun dari keretanya dan dipaksa mengangkat batu-batu besar untuk membaiki jalanraya selama beberapa jam. Nasibnya baik, seorang Pegawai Tinggi Jepun yang mengenali beliau tiba di tempat tersebut lalu memarahi tentera yang menyuruhnya membuat kerja-kerja tersebut. Kemudian beliau disuruh berhenti dari melakukan kerja-kerja itu. Oleh kerana keuzuran disebabkan membuat kerja-kerja tersebut, beliau telah berpatah balik ke Taiping dan menyebabkan sakitnya berlanjutan.




Semasa pemerintahan Jepun, Allahyarham menetap di Kampung Cheh, Bukit Gantang bersama-sama Allahyarham Hj Ismail. Penduduk-penduduk di sekitar kampung itu menjaga keselamatannya. Pada tahun 1943, Allahyarham telah meninggal dunia di kediamannya di Assam Kumbang dan jenazahnya dikebumikan di belakang Masjid Lama Taiping.
Nota Kaki:
Gambar arwah dan Masjid Melayu Bandar Taiping, di tanah perkuburan sinilah arwah disemadikan. Al-Fatihah.

Kisah Hari Ahad

Semalam ada party

Aku makan sate Perut.....
Kek besday Mikey dan kuetiau lupa nak makan...
Air rutbeer A&W aku minum 2 gelas
Air oren pun aku minum 2 gelas
Lepas tu aku swim... sampai sakit2 badan.

Monday, December 10, 2007

Hari Pertama...

Hari nie hari pertama kerja setelah cuti 2 hari sempena hari minggu. ( Poyo tak ayat aku?)

Keje aku tak berapa banyak sbb bos aku out station lagi...
Mood aku sedang2 aje...nak kata terlalu letih pun tak jugak..tp rasanya aku makan byk laa masa wekend baru lepaih nie.
Aku baru dpt tau Anis dah lepas CCNA...pergh tahniah ku ucapkan kepada budak yg sangat berjaya ini!!!!
Aku ntah bile nak sambung belajar nih???