»

Friday, December 28, 2007

Ziarah...




Balik kg sempena Hari Raya Haji tempoh hari, aku sempat menjengah ke pusara arwah Tok Wan Ahmad Isa Shukri ( my father's father). Pusara arwah bertempat di Masjid Ubudiah, KK. Pusara arwah tok terletak begitu hampir dgn masjid ( tepi..kalau tgk gamba masjid ni, kira kubur Tok belah kiri tepi tu je) .


Lepas ziarah kubur arwah Tok, then kami menjengah ke pusara arwah Moyang ( arwah Tok's mother yg bernama Toh Puan Teh Kamariah ) yg terletak di belakang masjid. Sebelah kubur moyang adalah kubur my father's sister, Wan Aishah namanya. Meninggal ketika kecik, melecur badan terbakar gara-gara bermain mancis. Kalau hidup lagi, Aunty Aishah ni adalah adik perempuan bongsu Papa.



Lepas tu, kami diberitahu oleh penjaga makam bahawa kubur Laksamana Muhd Amin yg paling hujung tak jauh dari kubur moyang Teh Kamariah. Pastu kami pun ke sana, sambil menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Laksamana pun ada kena mengena juga dengan kami sbb Laksamana adalah pada belah Tah ( Papa's mother). Ayah Tah bernama Laksamana Mohd Razali, yakni cucu cicit Laksamana Mohd Amin juga.



Perlu dijelaskan di sini bahawa aku memaparkan semua perkara ini diblog bukan untuk bermegah2 ke apa, siapa lah aku untuk bermegah2..tak layak pun. Cuma aku harap dengan menulis di blog ni, tak kira tua mana kelak, aku masih boleh mengingati mereka dengan membaca penulisan aku. Aku sayang mereka, tanpa mereka, aku pun takde di dunia ini. Aku percaya mereka sentiasa berada di sisi cucu cicit mereka, dan mendoakan yg terbaik utk anak cucu mereka. Cuma manusia ini, what I mean adalah kita yang sedang hidup ini yg selalu lupa untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan para arwah2, dont be selfish, alang2 berdoa tu silalah berdoa utk semua......