»

Thursday, July 03, 2008

What a mentality!!!!

Semua orang kini sedang sibuk memperkatakan perihal kes DSAI dan Saiful. Memang tidak dapat dinafikan kes ini memberi tekanan yg sangat hebat bagi kedua-dua belah pihak, yakni pihak keluarga Anwar dan pihak keluarga Saiful termasuk yang di sebelah tunangnya. Tidak cukup dengan itu, pelbagai spekulasi wujud bagi 3 pihak lain yakni pihak pro kerajaan, pihak anti kerajaan dan pihak yg lebih selesa memilih menjadi neutral.Perbalahan, pertikaman, pembelaan, penafian jelas kedengaran di serata media tak kiralah elektonik ke mahupun suratkhabar maupun kedai2 kopi, rumah2 kediaman mahupun ofis2.
Soalnya di sini, kenapa kita sebagai rakyat perlu terlalu sibuk tentang perkara ini? Bagaimana dengan diri kita, nasib kita, dahlah harga minyak naik, harga barang naik, nescafe 3 in 1 yg aku slalu minum pun dah naik (dulu aku beli RM 8++ skarang ni dah RM11.00 ok!) tak termasuk lagi harga barang2 di pasar. Semuanya naik. Lagi satu yg aku hangin bila stesen2 minyak ada yg gatai2 main blok2 pengguna kad kredit, tp bila org tanya "kad boleh guna? Dia jawab "Of course boleh". Tgk2 EMZ error laa apa laa....sengaja nak gesa kerajaan naikkan intrest tp last2 rakyat @ pengguna yg jadik mangsa.
Tolong la...cuba renungkan nasib diri yg tak terbela...daripada nak sibuk2 sangat pasal kes liwat tu. Allah Maha Mengetahui.....

Tuesday, June 10, 2008

Hebat...

Suatu ketika aku surfing dan tiba-tiba aku tergelak membacanya..sebuah sajak /doa daripada satu website alumni Indonesia...

"Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku,jodohkanlah ......
Tapi kalau bukan jodohku,jodohkanlah juga.....
Jika dia tidak berjodoh dgnku,maka jadikanlah kami jodoh....
Kalau dia bukan jodohku,jangan sampai dia dapat jodoh yg lain, selain ku.....
Kalau dia tidak bisa di jodohkan dgn ku, jangan sampai dia dpt jodoh yg lain,
biarkan dia tidak berjodoh sama spt diriku.....
Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh,jodohkanlah kami kembali.....
Kalau dia berjodoh dgn org lain, putuskanlah! Jodohkanlah dgn ku.....
Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,biar org itu ketemu jodoh dgn yg lain dulu dan kemudian jodohkan kembali dia dgnku..... AMIN........
==================================================

Giler hebat cintanya sampai tanak kasik orang lain chance langsung... hikhik

Hari Ini dan Esok..

Sebenarnya hari-hari aku tidak putus-putus berfikir. Nampaknya memang aku sengaja membuli otak aku dengan kuat berfikir lantas menyebabkan otak aku kurang rehat dan natijahnya, aku kurang tidur dan bangun lewat. Sikap aku yg sedemikian mengingatkan aku kembali kepada satu perkara. Sesungguhnya aku pernah berkata kepada kedua-dua belah kakiku suatu masa dahulu....
"Aku meminta maaf kerana membuli kalian, harap kalian bersabar bersamaku dan memaafkan perbuatanku..."
Aku mengeluarkan kata-kata sedemikian ketika aku berjalan kaki daripada "satu destinasi" untuk pulang ke rumah. Aku anggarkan aku berjalan dari jam 6 petang dan tiba di rumah tepat jam 8 malam. Sepanjang perjalanan, kedua-dua belah kakiku amat sakit, lantas aku terpaksa berkaki ayam sahaja. Berkaki ayam pun agak memeritkan, namun sakitnya agak kurang jika dibandingkan dengan memakai kasut. Aku teruskan perjalanan, peluh membasahi diriku tapi aku nekad dan tidak berfikir apa-apa lagi. Biarlah aku pulang sendiri dan merasa sendiri kepahitan itu. Orang sekeliling tidak pernah memahami apa yang berlaku dan jika menyalahkan aku adalah satu jalan terbaik untuk memuaskan hati mereka, aku redha. Akibat pengorbanan itu, kesian kaki kanan dan kaki kiriku. Di dalam kegelapan itu, aku meneruskan sisa-sisa perjalanan aku dan pada masa itulah aku merasa kesedihan yang tidak pernah aku rasakan sebelum ini. Aku tak pernah rasa kehancuran jiwa dan pada masa itulah buat kali pertama aku merasakannya. Aku bersyukur kerana aku dapat merasainya. Perasaan yang sukar diluahkan dengan kata-kata.
Sampai di rumah, aku teruskan hidupku seperti biasa. Tiada siapa yang tahu yang aku berjalan pulang, melihat sikapku yang acuh tak acuh ( seperti biasa), tidak ada siapa yang bertanya. Aku senang sekali dengan keadaan begitu. Tidak perlu aku ceritakan kepada sesiapa. Ianya lebih baik kerana sikap mengadu etc memang bukan sikap aku. Jika ada yang mengetahui bahawa aku pulang berjalan kaki selama 2 jam, pasti ada yang menyifatkan bahawa aku bodoh sombong, gila , nak simpati atau apa-apa yang berkaitan. Memanglah aku hampir menitiskan air mata ketika melihat kaki-kakiku yang calar balar dan sakit, namun hakikatnya, aku mendapat pengajaran daripada apa yang berlaku.
Apabila orang menyatakan bahawa mereka menyayangiku namun aku yang tidak mahu disayangi, aku hanya boleh katakan bahawa itu adalah satu "tanggapan yang tidak masuk akal sama sekali". Letakkanlah diri anda pada tempat aku baru anda tahu apa sebenarnya di sebalik diri aku ini. Jangan sesekali hanya mendengar cerita dari pihak lain dan terus menilai aku. Jangan hanya kerana aku kelihatan dingin dan tak mengerti, jadi anda lebih selesa di pihak yang mudah menangis dan melakonkan cereka "kasih sayang" itu? Atau jika hendak menilai, ok suka hatilah nilaikan sahaja tapi aku ingatkan , apakah yang akan berlaku jika anda tersalah nilai atau anda berada di pihak yang salah?
Dan ketika anda sedar bahawa anda sebenarnya telah silap menilai.........
aku sudah tiada lagi di dunia ini.
Curahkanlah Al-Fatihah buat diriku dan tidak perlulah memohon ampun atau meratapi kematianku kerana ketika malaikat sedang mencabut nyawaku, aku telah berjanji bahawa aku sudah melupakan segala-galanya kerana aku sudah mencapai impian utamaku.....

Monday, June 09, 2008

Remarkable Week!

Malaysia government decided to increase the oil price suddenly. We all know at some point, the price increase is inevitable. But, clearly, the timing of the event, disappoint everyone.

Kenapa out of sudden, the petrol price is to increase overnight. Kan baik kalau kenaikan harga minyak tersebut dilakukan gradually for people to at least plan for it.
We have more to see in the August when further measure would be announced. Not sure what are they going to come up with.
Takpe...dah biasa kena tipu.

Wednesday, June 04, 2008

Yesterday,one of my clique went upstairs to meet one of our finance. He dropped by my place seraya berkata;

"Hey, so bz ah? He (referring to my CEO) gives u a lod of work meh since he's not around?" sinis sekali bunyi yg dilontarkan.

Without looking at his face, I continue my work and make a quick reply..

"You think I only work with him meh?"
Terus dia tersipu lantas beredar.

Pengajaran: Jgn main ckp je dengan aku bila tak tau nak ckp apa bila singgah tempat aku...

Being in this organization, most of the operation matters adalah aku yang buat. Bukan atas kerelaan pun and aku bukan manager pun. And kenapa aku yg buat semua, aduhai, ini adalah kerana yang lain susah nak diharapkan, jenis yg seleweng, cepat salahkan orang lain sedangkan diri sendiri salah tu tak nampak, cakap tak serupa bikin, ada kuasa tapi tak reti & macam2 lagilah masalahnya.
Bukan aku nak cakap aku bagus, tapi dalam situasi sekarang aku memang bagus. Aku sudah kehilangan life, balik kerja pun lewat, balik umah pun bawak kerja dan bila baring nak tido pun susah sbb otak asyik ligat fikir pasal kerja. Nasib baiklah masuk kerja jam 9, otak masih stabil tak perlu bangun pagi awai sangat.
Bila difikir-fikirkan balik, itulah namanya hidup. Aku perlu bekerja, and being me adalah bermaksud aku bekerja dari bawah, bukan kerja atau mendapat jawatan daripada kroni or ahli keluarga, or family business. I think this is one of the reason wujudnya di kalangan manager yang tak tahu buat kerja. Ini adalah kerana dia mendapat position itu sebab dia anak/adik/sedara somebody in the company watsoever, so memandangkan mereka tidak cekap dan kurang pengalaman tapi mendapat gaji yang besar, maka kuli-kuli macam aku ni yg sentiasa akan dicacaikan supaya mereka kelihatan hebat. Not to say that all of them macam tue, in fact ada yg aku tgk wpun dia ada kena mengena dengan director etc (sebagai contoh), dia sungguh kuat bekerja siang malam and hasilnya, sangat berbaloi. Orang macam ni yg aku respek.Watever pun yg aku bebel, aku kena bekerja...kalau tak sapa nak tanggung hutang2 aku? Carik bofren kaya?
Hah, kalau ler relationship tu bukan satu perkara yg leceh & aku seorang yg "mudah", dah lama dah weh....

Tuesday, June 03, 2008

Life...do I have a choice?

Do we really have any choice in life, or is this just an illusion that life deals us?

Last nite, I asked myself "Do I believe that I really have a choice in life?"

Without even thinking, I answered myself, of course I do..... but then..."I believe that in life all is predestined," other half of me said almost sadly.

I felt like "my other side" shattered all my illusions and left me wondering if my thoughts were correct. "I do have choices," I protested. " I decide what to do with my life," I told my other half. " I decide if I want to go to work or stay home. I decide if I want to have friends or be home alone."

I heard from my other half saying that it is already predestined how long I am going to live. And I only act in accordance with that plan.

"It doesn't seem right, that we worry and fret and get so involved in decision making, only to find out that it was already decided for us what will occur or what the outcome will be, before we even get there."We need the illusion in order to push forward....betulkah?"

I have read in an article saying something like "we need to develop our soul with experience which were chosen for us. By thinking we have a choice, we develop our character and fulfil our necessary tasks here on this earthy plane."....

"We do have a choice whether we think we do or don't know we do.""It only appears that we do, " my other half said. We are the sum of our experiences, and we can only respond from that place which we know. If we were loved as children, we have learned how to love. We have learned to love ourselves, and as a result we know how to love others. But on the other hand, had we been abused as children, we will surely grow up abusing others. So you see, our choices are very limited.But I feel that when Allah created us, Allah gave us free will, and we have the choice of exercising that free will.

You see, I don't believe that we are victims of our past. I feel that we do have a choice of leaving the past, forgiving our parents, our children ( in future lah kan) or our friends, and even our enemies. That does not mean forgetting, but forgiving, so that we can go on with our lives.

As long as we hold that anger, and blame others for our present, we will be stuck in the victims' mode, and we become emotionally paralyzed and pay the price physically. But I believe by taking back our power, we can choose the right fork in the road.

But whatever you decide to do was already programmed in the book of life. Kuasa Allah yg mengatasi segala-galanya.....Allahuakbar!

Thursday, May 29, 2008

May 2008 report....

It has been a long time since my last post. A lot has been happening on all fronts - but no time to sit down to write something, and somethings were not 'bloggable' material. So, the posts have been postponed again and again... tapi aderler some observations..
  1. Founder and CEO of the Naza Group Tan Sri S.M. Nasimuddin S.M. Amin passed away 2 May 2008 at 1.15am GMT+8 in Los Angeles, California where he was receiving treatment for lung cancer at a private hospital in Long Beach.
    I extend my heartfelt condolences to arwah's family. Al Fatihah
  2. Five year-old Sharlinie Mohd Nashar is still out there somewhere with her captors. Strangers to the little girl. Evil people. But let’s pray they are not and that they will find it in their heart to release her safely to her family in Petaling Jaya.
  3. In Malaysia,middle of the year (May-June) are also known as"Musim Mengawan". Ok first we went to Bandar Baru Kedah sebagai rombongan pihak lelaki sempena pertunangan one of my cousin -Bajam. Then we went straight to Taiping, stay overnight and attended Wani's wedding ceremony. Alhamdulillah semuanya dah selesai. Starting from that, our weekends will be full with "Kenduri Kawin"+ Tunang+ House Warming. Of coz I am+will GAIN few kilos becoz of that!!!!!! Oh God help me!

I have a lot of work to do in the office, sad to say, bulan ni slalu balik umah late nite. Semua ini adalah kerana new projects yg dah masuk dan yg akan coming in next few weeks . Not only that...a lot of training to be conducted soon. Gila lah semua benda nak kena coordinate. Pastu..aduih susah lah nak ckp pasal kerja nie. Terpaksa jelah keje, kalau tak keje sapa nak bayar komitmen yg ada? Kerja kerja lalala laalalal...suka Uncle Hussein.

That's all for now....see ya' later alligator...

Thursday, April 03, 2008

Tak sihat

I am not feeling well and have been sick for past two days. Taking few weeks or months off from blogging. I am sorry.