Sebenarnya hari-hari aku tidak putus-putus berfikir. Nampaknya memang aku sengaja membuli otak aku dengan kuat berfikir lantas menyebabkan otak aku kurang rehat dan natijahnya, aku kurang tidur dan bangun lewat. Sikap aku yg sedemikian mengingatkan aku kembali kepada satu perkara. Sesungguhnya aku pernah berkata kepada kedua-dua belah kakiku suatu masa dahulu....
"Aku meminta maaf kerana membuli kalian, harap kalian bersabar bersamaku dan memaafkan perbuatanku..."Aku mengeluarkan kata-kata sedemikian ketika aku berjalan kaki daripada "satu destinasi" untuk pulang ke rumah. Aku anggarkan aku berjalan dari jam 6 petang dan tiba di rumah tepat jam 8 malam. Sepanjang perjalanan, kedua-dua belah kakiku amat sakit, lantas aku terpaksa berkaki ayam sahaja. Berkaki ayam pun agak memeritkan, namun sakitnya agak kurang jika dibandingkan dengan memakai kasut. Aku teruskan perjalanan, peluh membasahi diriku tapi aku nekad dan tidak berfikir apa-apa lagi. Biarlah aku pulang sendiri dan merasa sendiri kepahitan itu. Orang sekeliling tidak pernah memahami apa yang berlaku dan jika menyalahkan aku adalah satu jalan terbaik untuk memuaskan hati mereka, aku redha. Akibat pengorbanan itu, kesian kaki kanan dan kaki kiriku. Di dalam kegelapan itu, aku meneruskan sisa-sisa perjalanan aku dan pada masa itulah aku merasa kesedihan yang tidak pernah aku rasakan sebelum ini. Aku tak pernah rasa kehancuran jiwa dan pada masa itulah buat kali pertama aku merasakannya. Aku bersyukur kerana aku dapat merasainya. Perasaan yang sukar diluahkan dengan kata-kata.
Sampai di rumah, aku teruskan hidupku seperti biasa. Tiada siapa yang tahu yang aku berjalan pulang, melihat sikapku yang acuh tak acuh ( seperti biasa), tidak ada siapa yang bertanya. Aku senang sekali dengan keadaan begitu. Tidak perlu aku ceritakan kepada sesiapa. Ianya lebih baik kerana sikap mengadu etc memang bukan sikap aku. Jika ada yang mengetahui bahawa aku pulang berjalan kaki selama 2 jam, pasti ada yang menyifatkan bahawa aku bodoh sombong, gila , nak simpati atau apa-apa yang berkaitan. Memanglah aku hampir menitiskan air mata ketika melihat kaki-kakiku yang calar balar dan sakit, namun hakikatnya, aku mendapat pengajaran daripada apa yang berlaku.
Apabila orang menyatakan bahawa mereka menyayangiku namun aku yang tidak mahu disayangi, aku hanya boleh katakan bahawa itu adalah satu "tanggapan yang tidak masuk akal sama sekali". Letakkanlah diri anda pada tempat aku baru anda tahu apa sebenarnya di sebalik diri aku ini. Jangan sesekali hanya mendengar cerita dari pihak lain dan terus menilai aku. Jangan hanya kerana aku kelihatan dingin dan tak mengerti, jadi anda lebih selesa di pihak yang mudah menangis dan melakonkan cereka "kasih sayang" itu? Atau jika hendak menilai, ok suka hatilah nilaikan sahaja tapi aku ingatkan , apakah yang akan berlaku jika anda tersalah nilai atau anda berada di pihak yang salah? Dan ketika anda sedar bahawa anda sebenarnya telah silap menilai.........
aku sudah tiada lagi di dunia ini.
Curahkanlah Al-Fatihah buat diriku dan tidak perlulah memohon ampun atau meratapi kematianku kerana ketika malaikat sedang mencabut nyawaku, aku telah berjanji bahawa aku sudah melupakan segala-galanya kerana aku sudah mencapai impian utamaku.....
0 comments:
Post a Comment