»

Thursday, July 03, 2008

What a mentality!!!!

Semua orang kini sedang sibuk memperkatakan perihal kes DSAI dan Saiful. Memang tidak dapat dinafikan kes ini memberi tekanan yg sangat hebat bagi kedua-dua belah pihak, yakni pihak keluarga Anwar dan pihak keluarga Saiful termasuk yang di sebelah tunangnya. Tidak cukup dengan itu, pelbagai spekulasi wujud bagi 3 pihak lain yakni pihak pro kerajaan, pihak anti kerajaan dan pihak yg lebih selesa memilih menjadi neutral.Perbalahan, pertikaman, pembelaan, penafian jelas kedengaran di serata media tak kiralah elektonik ke mahupun suratkhabar maupun kedai2 kopi, rumah2 kediaman mahupun ofis2.
Soalnya di sini, kenapa kita sebagai rakyat perlu terlalu sibuk tentang perkara ini? Bagaimana dengan diri kita, nasib kita, dahlah harga minyak naik, harga barang naik, nescafe 3 in 1 yg aku slalu minum pun dah naik (dulu aku beli RM 8++ skarang ni dah RM11.00 ok!) tak termasuk lagi harga barang2 di pasar. Semuanya naik. Lagi satu yg aku hangin bila stesen2 minyak ada yg gatai2 main blok2 pengguna kad kredit, tp bila org tanya "kad boleh guna? Dia jawab "Of course boleh". Tgk2 EMZ error laa apa laa....sengaja nak gesa kerajaan naikkan intrest tp last2 rakyat @ pengguna yg jadik mangsa.
Tolong la...cuba renungkan nasib diri yg tak terbela...daripada nak sibuk2 sangat pasal kes liwat tu. Allah Maha Mengetahui.....

Tuesday, June 10, 2008

Hebat...

Suatu ketika aku surfing dan tiba-tiba aku tergelak membacanya..sebuah sajak /doa daripada satu website alumni Indonesia...

"Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku,jodohkanlah ......
Tapi kalau bukan jodohku,jodohkanlah juga.....
Jika dia tidak berjodoh dgnku,maka jadikanlah kami jodoh....
Kalau dia bukan jodohku,jangan sampai dia dapat jodoh yg lain, selain ku.....
Kalau dia tidak bisa di jodohkan dgn ku, jangan sampai dia dpt jodoh yg lain,
biarkan dia tidak berjodoh sama spt diriku.....
Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh,jodohkanlah kami kembali.....
Kalau dia berjodoh dgn org lain, putuskanlah! Jodohkanlah dgn ku.....
Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,biar org itu ketemu jodoh dgn yg lain dulu dan kemudian jodohkan kembali dia dgnku..... AMIN........
==================================================

Giler hebat cintanya sampai tanak kasik orang lain chance langsung... hikhik

Hari Ini dan Esok..

Sebenarnya hari-hari aku tidak putus-putus berfikir. Nampaknya memang aku sengaja membuli otak aku dengan kuat berfikir lantas menyebabkan otak aku kurang rehat dan natijahnya, aku kurang tidur dan bangun lewat. Sikap aku yg sedemikian mengingatkan aku kembali kepada satu perkara. Sesungguhnya aku pernah berkata kepada kedua-dua belah kakiku suatu masa dahulu....
"Aku meminta maaf kerana membuli kalian, harap kalian bersabar bersamaku dan memaafkan perbuatanku..."
Aku mengeluarkan kata-kata sedemikian ketika aku berjalan kaki daripada "satu destinasi" untuk pulang ke rumah. Aku anggarkan aku berjalan dari jam 6 petang dan tiba di rumah tepat jam 8 malam. Sepanjang perjalanan, kedua-dua belah kakiku amat sakit, lantas aku terpaksa berkaki ayam sahaja. Berkaki ayam pun agak memeritkan, namun sakitnya agak kurang jika dibandingkan dengan memakai kasut. Aku teruskan perjalanan, peluh membasahi diriku tapi aku nekad dan tidak berfikir apa-apa lagi. Biarlah aku pulang sendiri dan merasa sendiri kepahitan itu. Orang sekeliling tidak pernah memahami apa yang berlaku dan jika menyalahkan aku adalah satu jalan terbaik untuk memuaskan hati mereka, aku redha. Akibat pengorbanan itu, kesian kaki kanan dan kaki kiriku. Di dalam kegelapan itu, aku meneruskan sisa-sisa perjalanan aku dan pada masa itulah aku merasa kesedihan yang tidak pernah aku rasakan sebelum ini. Aku tak pernah rasa kehancuran jiwa dan pada masa itulah buat kali pertama aku merasakannya. Aku bersyukur kerana aku dapat merasainya. Perasaan yang sukar diluahkan dengan kata-kata.
Sampai di rumah, aku teruskan hidupku seperti biasa. Tiada siapa yang tahu yang aku berjalan pulang, melihat sikapku yang acuh tak acuh ( seperti biasa), tidak ada siapa yang bertanya. Aku senang sekali dengan keadaan begitu. Tidak perlu aku ceritakan kepada sesiapa. Ianya lebih baik kerana sikap mengadu etc memang bukan sikap aku. Jika ada yang mengetahui bahawa aku pulang berjalan kaki selama 2 jam, pasti ada yang menyifatkan bahawa aku bodoh sombong, gila , nak simpati atau apa-apa yang berkaitan. Memanglah aku hampir menitiskan air mata ketika melihat kaki-kakiku yang calar balar dan sakit, namun hakikatnya, aku mendapat pengajaran daripada apa yang berlaku.
Apabila orang menyatakan bahawa mereka menyayangiku namun aku yang tidak mahu disayangi, aku hanya boleh katakan bahawa itu adalah satu "tanggapan yang tidak masuk akal sama sekali". Letakkanlah diri anda pada tempat aku baru anda tahu apa sebenarnya di sebalik diri aku ini. Jangan sesekali hanya mendengar cerita dari pihak lain dan terus menilai aku. Jangan hanya kerana aku kelihatan dingin dan tak mengerti, jadi anda lebih selesa di pihak yang mudah menangis dan melakonkan cereka "kasih sayang" itu? Atau jika hendak menilai, ok suka hatilah nilaikan sahaja tapi aku ingatkan , apakah yang akan berlaku jika anda tersalah nilai atau anda berada di pihak yang salah?
Dan ketika anda sedar bahawa anda sebenarnya telah silap menilai.........
aku sudah tiada lagi di dunia ini.
Curahkanlah Al-Fatihah buat diriku dan tidak perlulah memohon ampun atau meratapi kematianku kerana ketika malaikat sedang mencabut nyawaku, aku telah berjanji bahawa aku sudah melupakan segala-galanya kerana aku sudah mencapai impian utamaku.....

Monday, June 09, 2008

Remarkable Week!

Malaysia government decided to increase the oil price suddenly. We all know at some point, the price increase is inevitable. But, clearly, the timing of the event, disappoint everyone.

Kenapa out of sudden, the petrol price is to increase overnight. Kan baik kalau kenaikan harga minyak tersebut dilakukan gradually for people to at least plan for it.
We have more to see in the August when further measure would be announced. Not sure what are they going to come up with.
Takpe...dah biasa kena tipu.

Wednesday, June 04, 2008

Yesterday,one of my clique went upstairs to meet one of our finance. He dropped by my place seraya berkata;

"Hey, so bz ah? He (referring to my CEO) gives u a lod of work meh since he's not around?" sinis sekali bunyi yg dilontarkan.

Without looking at his face, I continue my work and make a quick reply..

"You think I only work with him meh?"
Terus dia tersipu lantas beredar.

Pengajaran: Jgn main ckp je dengan aku bila tak tau nak ckp apa bila singgah tempat aku...

Being in this organization, most of the operation matters adalah aku yang buat. Bukan atas kerelaan pun and aku bukan manager pun. And kenapa aku yg buat semua, aduhai, ini adalah kerana yang lain susah nak diharapkan, jenis yg seleweng, cepat salahkan orang lain sedangkan diri sendiri salah tu tak nampak, cakap tak serupa bikin, ada kuasa tapi tak reti & macam2 lagilah masalahnya.
Bukan aku nak cakap aku bagus, tapi dalam situasi sekarang aku memang bagus. Aku sudah kehilangan life, balik kerja pun lewat, balik umah pun bawak kerja dan bila baring nak tido pun susah sbb otak asyik ligat fikir pasal kerja. Nasib baiklah masuk kerja jam 9, otak masih stabil tak perlu bangun pagi awai sangat.
Bila difikir-fikirkan balik, itulah namanya hidup. Aku perlu bekerja, and being me adalah bermaksud aku bekerja dari bawah, bukan kerja atau mendapat jawatan daripada kroni or ahli keluarga, or family business. I think this is one of the reason wujudnya di kalangan manager yang tak tahu buat kerja. Ini adalah kerana dia mendapat position itu sebab dia anak/adik/sedara somebody in the company watsoever, so memandangkan mereka tidak cekap dan kurang pengalaman tapi mendapat gaji yang besar, maka kuli-kuli macam aku ni yg sentiasa akan dicacaikan supaya mereka kelihatan hebat. Not to say that all of them macam tue, in fact ada yg aku tgk wpun dia ada kena mengena dengan director etc (sebagai contoh), dia sungguh kuat bekerja siang malam and hasilnya, sangat berbaloi. Orang macam ni yg aku respek.Watever pun yg aku bebel, aku kena bekerja...kalau tak sapa nak tanggung hutang2 aku? Carik bofren kaya?
Hah, kalau ler relationship tu bukan satu perkara yg leceh & aku seorang yg "mudah", dah lama dah weh....

Tuesday, June 03, 2008

Life...do I have a choice?

Do we really have any choice in life, or is this just an illusion that life deals us?

Last nite, I asked myself "Do I believe that I really have a choice in life?"

Without even thinking, I answered myself, of course I do..... but then..."I believe that in life all is predestined," other half of me said almost sadly.

I felt like "my other side" shattered all my illusions and left me wondering if my thoughts were correct. "I do have choices," I protested. " I decide what to do with my life," I told my other half. " I decide if I want to go to work or stay home. I decide if I want to have friends or be home alone."

I heard from my other half saying that it is already predestined how long I am going to live. And I only act in accordance with that plan.

"It doesn't seem right, that we worry and fret and get so involved in decision making, only to find out that it was already decided for us what will occur or what the outcome will be, before we even get there."We need the illusion in order to push forward....betulkah?"

I have read in an article saying something like "we need to develop our soul with experience which were chosen for us. By thinking we have a choice, we develop our character and fulfil our necessary tasks here on this earthy plane."....

"We do have a choice whether we think we do or don't know we do.""It only appears that we do, " my other half said. We are the sum of our experiences, and we can only respond from that place which we know. If we were loved as children, we have learned how to love. We have learned to love ourselves, and as a result we know how to love others. But on the other hand, had we been abused as children, we will surely grow up abusing others. So you see, our choices are very limited.But I feel that when Allah created us, Allah gave us free will, and we have the choice of exercising that free will.

You see, I don't believe that we are victims of our past. I feel that we do have a choice of leaving the past, forgiving our parents, our children ( in future lah kan) or our friends, and even our enemies. That does not mean forgetting, but forgiving, so that we can go on with our lives.

As long as we hold that anger, and blame others for our present, we will be stuck in the victims' mode, and we become emotionally paralyzed and pay the price physically. But I believe by taking back our power, we can choose the right fork in the road.

But whatever you decide to do was already programmed in the book of life. Kuasa Allah yg mengatasi segala-galanya.....Allahuakbar!

Thursday, May 29, 2008

May 2008 report....

It has been a long time since my last post. A lot has been happening on all fronts - but no time to sit down to write something, and somethings were not 'bloggable' material. So, the posts have been postponed again and again... tapi aderler some observations..
  1. Founder and CEO of the Naza Group Tan Sri S.M. Nasimuddin S.M. Amin passed away 2 May 2008 at 1.15am GMT+8 in Los Angeles, California where he was receiving treatment for lung cancer at a private hospital in Long Beach.
    I extend my heartfelt condolences to arwah's family. Al Fatihah
  2. Five year-old Sharlinie Mohd Nashar is still out there somewhere with her captors. Strangers to the little girl. Evil people. But let’s pray they are not and that they will find it in their heart to release her safely to her family in Petaling Jaya.
  3. In Malaysia,middle of the year (May-June) are also known as"Musim Mengawan". Ok first we went to Bandar Baru Kedah sebagai rombongan pihak lelaki sempena pertunangan one of my cousin -Bajam. Then we went straight to Taiping, stay overnight and attended Wani's wedding ceremony. Alhamdulillah semuanya dah selesai. Starting from that, our weekends will be full with "Kenduri Kawin"+ Tunang+ House Warming. Of coz I am+will GAIN few kilos becoz of that!!!!!! Oh God help me!

I have a lot of work to do in the office, sad to say, bulan ni slalu balik umah late nite. Semua ini adalah kerana new projects yg dah masuk dan yg akan coming in next few weeks . Not only that...a lot of training to be conducted soon. Gila lah semua benda nak kena coordinate. Pastu..aduih susah lah nak ckp pasal kerja nie. Terpaksa jelah keje, kalau tak keje sapa nak bayar komitmen yg ada? Kerja kerja lalala laalalal...suka Uncle Hussein.

That's all for now....see ya' later alligator...

Thursday, April 03, 2008

Tak sihat

I am not feeling well and have been sick for past two days. Taking few weeks or months off from blogging. I am sorry.

Monday, March 10, 2008

Help me Ya Allah...

All praises are for You Allah, how I hope that You are there.
For sinful
though I know I am, your displeasure I can not bear.
Never, till this
moment, did I realize how much I've strayed.
Never, till now, was I more
conscious of all those times when I should have prayed.
For sins are like
heavy baggage, that one carries through Life, the airport.
Why didn't I
realize sooner, that Earth is but a place of sport?
Ya Allah ! Forgive me.
Save me from the fire of Hell.
Forgive me as You did my parents, from Jan'ah
though they fell.
Ya Allah ! Protect me. From myself for my soul is weak.
Let me not falter ever, for Jan'ah is the abode I seek.
Ya, Allah!
Please help me. For I don't understand and thus, I fear.
What happened to
all those moments when I never doubted that You were near ?
My actions once
were guided, by my faith which, once, was strong.
Ya Allah! please guide me.
What happened, what went wrong ?
Each footstep that I used to take, I took
with You ever near my side.
The Qur'an was my faithful companion,
Rasulullah s.a.w. my beloved guide.
How I yearn for those bygone days Allah, for I
know that the day comes near
When we'll each receive our just rewards, and
Truth will stand sparkling clear.
Life is like a spider's web Allah. We get
caught in its tricky snare
So thoroughly are we disillusioned, time for
solat we can not spare.
I sit here and I wonder, Ya Allah! Why did I fall so
low ?
What happened to my faith Allah? Where did my Iman go?
In this
earthly life of ours, so often does sin seem right.
Falsehood seems to be
the truth, as if days are confused with night.
Human is an imperfect creature.
And thus, human shall always wrong.
For the road to Jan'ah is rocky, and the
journey seems awfully long.
Ya Allah ! Our creator, we are all just pieces
of clay.
Please help us with our steps in life, and let us not lose our way.
All praises are for You Allah, I know that You are near.
I know that You
have read my heart, and my words I know You hear.

Sunday, March 09, 2008

Malaysia Decides 2008...

Actually, I don't want to write about politics in my blog but today I have changed my mind because last night's results really stunned me!
I am sure Malaysians awoke today ( Sunday) to the biggest sea-change in politics in almost 40 years. It feels Malaysia is a whole new country.
And of course the results came as a shock not just to BN but also the Opposition.
You see, BN leaders and the media expected the wind of change to come to Penang and Kedah but they missed out on Selangor, certainly the jewel in the crown for the opposition this time around. While BN managed to keep Ganu ( although coalition loses more seats to PAS) and will form the next government, BN failed to recapture Kelantan. PAS has strengthened its hold on Kelantan with almost clean sweep of the state.

MCA is the biggest loser ( see what happen to Penang ) while MIC failed badly too with its top leadership rejected by the voters. ( Semua tahu sape kan yg dimaksudkan). I've read in the newspaper this morning, before the official results being announced, DS Samy Velle put on a brave support as feedback came from his supporters that he had lost his parliamentary seat. He told them he was going home for a bath and did not return.
"Jangan over confident..nanti memakan diri !!!"
BN will obviously be in a serious postmortem from today.
In the end of the day, however the clear winner was the democratic systems in Malaysia!
But remember....always friendship, never politics.

Friday, March 07, 2008

Anger at Work

I know I have not created a blog in a long time. I was just so busy with things going on in my life, that I haven't had the time to create one. So, here is my latest blog about what has been happening with me at work with certain people.........
What can I say, when you care about your job, it can be frustrating to see others "hanya kuat kritik orang lain & mengampu" all day when they are supposed to be working. Even more frustrating is when their "laziness", "kipasness" & "blurness" bogs down your performance.
Mmmmmmmm................................... never mind........
Most people don't want to think & talk a lod about negative matters. So do I. Sabar jelah!
P/S: Oh ya, there's nothing wrong with your screen or computer. I'm experimenting with new looks for this blog....ada pink pink pun layan jelah!!!!!

Monday, February 11, 2008

Pelik lah

Ni sekali aje seumur hidup,aku akan tulis entry mcm ni..lepas ni aku malas dah.Aku tak faham kenapa bila sesama fresh blood, saling berkait, berkumpul bersama setiap kali kenduri kendara mahupun festival perayaan pun boleh ada sifat gemar memburukkan orang sekeliling dan suka menunjukkan bahawa diri itu "SERBA HEBAT & SERBA TAHU".
Aku tahu it's a bit rude to make this kind of entry. Forgive me for this tapi aku memang tak puas hati.Kenapa perkara macam ini perlu berlaku? Kenapa perlu ada sikap bermuka-muka & gemar bercakap di belakang tentang orang lain. Jika dulu aku pernah terkena, aku tak kisah sebab aku anggap ianya nasib aku yang tidak begitu baik & kehidupan aku tidak sehebat dia /mereka. Namun bila kali ini ia berlaku kepada insan yang aku hormati, aku sungguh berang.
Benarlah jika dikatakan,"DUIT BOLEH MEMUSNAHKAN MANUSIA, DUIT BOLEH MENGGELAPKAN HATI MANUSIA". No doubt beb, confirm betul. Kerana duit lah seseorang itu sanggup menjadikan dirinya hamba abdi orang lain. Sanggup sort of "SUSAH SENANG" kerana orang tersebut sedangkan dengan orang lain pedulik hape dia.Kenapa perlu depan cakap lain, belakang cakap lain. Bertikam2 itu sangat seronokkah? Boleh tak jelaskan kepada aku apa perasaan yang "KAU RASAKAN" apabile melihat orang lain saling berantakan? Seronok sangat ke?
And one more thing, seronok sangat ke bila sengaja membuatkan diri itu menjadi tumpuan para lelaki & orang sekeliling. Apabila keaiban orang lain kerap dijaja ia membuatkan kita alpa dengan keburukan sendiri. Kenapa kita mesti menjadi insan sedemikian. Adakah kita sangat seronok mempermainkan orang lain? Adakah kita hebat maka semua orang perlu tunduk pada kita???Adakah anda ingat orang lain akan lupa dengan semua kata2 anda sebelum ini yang kebanyakkanya adalah "CAKAP TAK SERUPA BIKIN" & "MACAM BAGUS"!!
Oh ya aku nak sound direct kepada semua yg ada masanya "JOIN" dengan apa yg dia / mereka lakukan, banyak2 lah bertaubat dan hindarilah. Janganlah kita menjadi umat yang binasa dek kerana kata-kata yang pernah / akan kita lontarkan.
Renung-renungkan dan selamat beramal....( sebut gaya pondan sket).

Thursday, January 03, 2008

Ding Dong!

Kerapkali aku terfikir pada usia yg akan menjelang 28 tahun ini, mengapa aku tidak lagi..masih belum lagi merasa keinginan untuk berkahwin ? Kenapa aku tidak seperti mereka yang lain pada umur sebaya aku, memikirkan owh kena kawin sbb umur sudah semakin meningkat. Walaupun terdengar juga sinisan kata2 daripada manusia di persekitaran, tapi aku tidak pernah terusik hati atau terasa ingin kahwin lagi buat masa ini.Kenapa aku? Is that what we call abnormal?Happening to me kah? ( Sorry ckp rojak )
Aku cuba menyelami diri aku, kerana aku ingin mencari jawapan kepada persoalan tersebut. Is there any weird kecenderungan yang menyebabkan aku jadi begitu? Puas aku berpk2, tetapi aku tidak mendapat jawapan. In fact, ada juga pernah bertanya benarkah aku memang tidak ada keinginan untuk berumahtangga atau aku hanya berselindung?Luaran berkata tidak tetapi di dalam hati ingin??Adakah aku manusia sebegitu?
Pada tahun 2007 aku memikirkan tentang perkara ini, selama berbulan-bulan aku berfikir sebab setiap kali pk, aku takde jawapan lantas aku pegi buat keje lain. heheheh. Pastu bila teringat baru pk balik, kenapa aku tidak ingin mencari? Bila orang mencari aku, aku pulak yang masih tidak terima? Tapi aku langsung tidak mencari, meneruskan sahaja hidup aku dengan perkara2 dan pengisian yang aku sukai..tetapi aku tidak pernah cuba. Adakah kerana aku masih tidak melupakan lagi yang telah pergi? Masih belum lagi melepaskan memori itu?
Untuk pengetahuan semua, aku dah tak kenang benda2 yang lepas, sebab aku percaya Allah bagi aku pinjam kehidupan di dunia ini semuanya bersebab.Hidup aku mesti diteruskan.
Dugaan datang dan pergi, aku semakin positif pada tahun 2008 ini berbanding 2006 ke bawah. Aku dah nampak banyak benda dan perkara. Glad sebab aku sedar dan menyakini jalan yang aku ambil.
Pada suatu hari, di mana masih baru lagi hari tersebut, setelah selesai solat, tiba-tiba aku mendapat satu jawapan kepada persoalan aku. Nampaknya aku masih tidak terbuka hati aku sepenuhnya untuk menyayangi orang lain sebab aku dah serahkan segala cintaku kepada Allah....maka sekarang aku hanya berserah kepada Allah untuk menentukan bagaimanakah destinasi aku yang seterusnya....cintakah dan dicintaikah............bukan aku yang ada jawapannya......

Wednesday, January 02, 2008

Ingatan Pada Suatu Kasih Yang Tak Jadi


Kesilapannya
kau tak berdaya berterus-terang
dan aku tak berdaya mentafsir

Kesilapannya
kau mengatur gambar-gambar
dalam sebuah album yang indah
sedang aku tidak pernah melihat gambar-gambar itu

Kesilapannya
Kita telah bertemu
dalam sebuah mimpi yang menggembirakan
tetapi aku lebih gembira
bila terjaga dari mimpi itu.