»

Monday, October 30, 2006

Masjid Quba'

Masjid Quba merupakan bangunan yang pertama kali didirikan ketika Nabi Muhammad saw. datang hijrah dari Mekah ke Madinah. Masjid ini terletak sekira 5 km dari Masjid Nabawi.




Banyak keistimewaan pada Masjid Quba. Pertamanya adalah kerana masjid tersebut dibangunkan secara langsung oleh Nabi saw.
Rasulullah memilih membangunkan masjid terlebih dahulu, daripada bangunan-bangunan lain, seperti rumah. Sedangkan pada masa tu,Nabi Muhammad masih dalam keadaan penat setelah menempuh perjalanan jauh dan berbahaya dari Mekah ke Madinah, spjg lebih kurang 500 km.

Rasulullah menyuruh untanya berjalan, untuk mencari tempat yang sesuai. Di sebuah tempat, di Desa Quba, unta itu berhenti dan menelungkup di atas tanah kepunyaan Kalsum bin Hindun, yang kemudian mewakafkannya bagi kepentingan umat Islam.
Di situlah Nabi menyuruh umat Islam Mekah yang berhijrah (Muhajirin) dan umat Islam Madinah yang menyambut dan memberi pertolongan (Ansar) membuat bangunan peribadatan. Maka wujudlah Masjid Quba', yang menjadi tempat pelaksanaan salat berjemaah pertama kali diimamkan oleh Nabi dan diikuti oleh semua umat Islam, baik Muhajirin mahupun Anshar.

Keistimewaan lain, tanda kiblat pada Masjid Quba dibuat langsung oleh Rasulullah, terbuat dari batu. Mengarah ke utara, ke Masjidil Aqsa di Jerusalem. Ketika kiblat beralih ke arah selatan, ke Masjidilharam di Mekah, tanda kiblat baru dibangun lagi atas petunjuk Nabi.





Masjid Quba di dalam Al-Quran (Q.S. At-Taubah:108) disebut sebagai "Masjid Taqwa". Ia didirikan atas dasar takwa, sehinga kaum Muslimin sepatutnya lebih bersolat di dalamnya. Masjid Quba' juga dinyatakan sebagai tempat orang-orang yang ingin membersihkan diri, amalan yang sgt disukai Allah SWT.


Pada tahap awal pembangunannya, Masjid Quba hanya berbentuk lapangan terbuka, yang disebut sahn. Tempat unta tunggangan Nabi menelungkup dulu, dinamakan mabrakun naqah. Sedangkan di bagian mihrab yang beratap, dinamakan taqatul qasaf. Sekelilingnya dibatasi dinding. Hingga zaman Khalifah Ali bin Abi Talib, bangunan Masjid Quba masih sangat sederhana.


Pada zaman Abdul Malik bin Marwan, khalifah kelima Dinasti Umayyah (685-705), Masjid Quba diperluas. Dan pada zaman Umar bin Abdul Aziz, khalifah kelapan Dinasti Umayyah (717-720), Masjid Quba dibesarkan. Tiang dan dindingnya dibuat dari batu, atapnya terbina daripada kayu yang kuat.

Para penguasa Islam selanjutnya, silih berganti memagar Masjid Quba, hingga menemukan bentuknya seperti sekarang. Mereka antara lain Jamaluddin Asfahani dari Dinasti Bani Zanki yang berkuasa di Mosul (Irak), Nasir Muhammad Qalawun dari Dinasti Mamluk (1294), Sultan Muhammad II Al Fartih dari Dinasti Utsmani Turki (1444), dan pemerintah Saudi Arabia.


Bentuk dan luas bangunan Masjid Quba sungguh megah dan indah. Bahagian dalamnya dihampari permadani tebal. Kubah dan menaranya begitu cantik. Dilengkapi tempat wuduk, & kamar mandi.

Di Masjid Quba' para peziarah biasa mengerjakan salat tahiyatul masjid dan salat duha, dan merenungkan nilai-nilai perjuangan Nabi saw. bersama umat Islam Muhajirin dan Anshar menegakkan syiar Islam di kota Madinah.



Jabal Tsur



Di sebelah selatan Masjidil Haram, sekitar enam kilometer terdapat "Jabal Tsur ". Jabal Tsur ini pun mempunyai nilai penting dalam sejarah Islam. Rasulullah SAW bersama-sama dengan Saidina Abu Bakar As Siddiq pernah berlindung di gunung tersebut sewaktu hendak berhijrah ke Madinah.

Menurut riwayat, setelah Rasulullah SAW selamat dari kepungan orang kafir Quraisy di rumahnya, beliau secara diam-diam ke rumah sahabatnya Abu Bakar As Siddiq. Dari rumah itu Rasulullah bersama-sama Abu Bakar menyembunyikan diri di Jabal Tsur, dan kemudian menuju Madinah.

Orang-orang kafir Quraisy sewaktu mengejar Rasulullah SAW ada yang telah sampai di Gua Tsur. Mereka melihat gua tersebut tertutup sarang laba-labah, dan nampak burung merpati yang sedang bertelur di sarangnya. Melihat keadaan seperti itu, mereka menyimpulkan bahwa Nabi Muhammad tidak mungkin bersembunyi di gua itu....macam kesan takde org masuk ke dalam gua.
Malah, bekas tapak kaki di padang pasir yang mereka susuri hingga ke gua itu sudah dihapuskan oleh sejenis binatang. Tu yg org kafir Quraisy bertambah yakin dan percaya.

Masa orang- orang Quraisy di muka gua, bukan main cemas hati sahabat Abu Bakar As Siddiq. Malah ada satu lubang yg telah terbuka, ditutup oleh Abu Bakar dgn kakinya. Dipercayai pada ketika itu kakinya yg menutup lubang tu telah disengat binatang berbisa @ ular. Abu Bakar diam menahan sakit sampai air matanya jatuh kepada Rasulullah,tp bila ditanya Abu Bakar tak bgtau pun. Betapa tingginya semangat juang sahabat Rasulullah.


Rasulullah SAW kemudian menerima wahyu dari Allah (Surah At-Taubah ayat 40).

Setelah orang-orang kafir Quraisy pergi, maka beberapa hari kemudian Abu Bakar As Siddiq berangkat menuju Madinah Al-Muqarramah dengan selamat.

Jabal Nur

Di sebelah utara Masjidil Haram, kurang lebih enam kilometer, terdapat sebuah gunung yang disebut "Jabal Nur". Untuk mendaki ke atas memerlukan waktu sekitar satu jam. Di puncaknya, agak menurun sedikit, terdapat sebuah gua yang cukup untuk duduk empat orang. Ketinggian di dalam gua tersebut sama aras dgn orang berdiri.

Gua inilah yang dikenal dengan sebutan Gua Hira'. Jabal Nur dan Gua Hira' ini sangat penting dalam sejarah Islam. Di gua inilah, Nabi Besar Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama, yaitu surat Al'Alaq dari ayat satu sampai lima.






Bayangkan bagaimana cekalnya Siti Khadijah memanjat Jabal Nur sensorang utk membawakan makanan utk suaminya yg tercinta. Hari2 lak tu. Dari kediaman mereka, Siti Khadijah tunggang unta, then tambat unta kat tepi pastu terus daki gunung. Begitu tingginya pengorbanan seorang isteri bagi memastikan tanggungjwbnya terhadap suami tidak terabai langsung.





Bagaimana dgn manusia sekarang? Ada kah isteri setaat ini? Wallahualam.

Masjid Jaaranah

Jaaranah...tmpt pasang miqat lepas wat ziarah around Mekah.



Masjid Qiblatain

Masjid ni adalah Masjid 2 Kiblat.






MASJID Qiblatain (Dua Kiblat) didirikan beberapa ketika setelah hijrah dilakukan. Pada mulanya, kiblatnya menghadap ke Masjidil Aqsa. Ketika Nabi saw. melakukan salat Zohor (riwayat lain menyebutkan salat ashar) berjemaah, turun wahyu (Q.S. Al-Baqarah:114), yang memerintahkan mengubah arah kiblat ke MasjidilHaram.

Sebelum dinamai Qiblatain karena perubahan arah kiblat itu, masjid itu bernama Masjid Bani Salamah. Terdapat danau kecil berair jernih milik seorang Yahudi. Mengingat pentingnya air untuk masjid, sahabat Uthman bin Affan membeli danau itu seharga 20 ribu dirham dan menjadikannya sebagai wakaf. Air danau tersebut hingga sekarang masih berfungsi untuk bersuci dan mengairi taman sekeliling masjid, serta air minum penduduk di sekitarnya. Hanya bentuk fizikalnya saja sudah tidak kelihatan, kerana terlindung dengan tembok.

Pemagaran Masjid Qiblatain dilakuan secara berterusan, sejak zaman Umayyah, Abbasiyah, Utsmani, hingga zaman Saudi sekarang. Pada pemagaran terdahulu, tanda kiblat pertama masih jelas kelihatan. Di situ tertera bunyi ayat 144 Q.S. Al-Baqarah, ditambahkan dgn larangan bagi siapa saja yang bersolat, agar tidak menggunakan kiblat lama itu.

Sekitar Masjidil Haram















Aku berkesempatan utk tangkap gamba ni pada first day raya.Masa ni tak ramai dah sbb org Arab byk pulang ke kg halaman. So rasa sungguh free..polis pun tak wat spotcheck kalau kita bwak kamera masuk.hehhhee.Lainlah kat Masjid Nabawi, Madinah. Sungguh strict & sangat tersusun.

Makkah Al Mukarramah


Aku memanjatkan syukur kpd Allah kerana sudi menjemput aku menjadi tetamu-Nya di bumi Haram. Tak tau mcm mana nak kata...mmg tak terkata. Saat menatap Kaabah secara live merupakan satu kenangan yg tidak dpt aku lupakan sepanjang hayat. Allah Maha Kaya, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya tahun 2006 ini merupakan tahun yg amat menggembirakan aku.Baru aku tahu apa sebenarnya yg dicari oleh diri ini. Patutlah selama ni aku tak begitu seronok bila tgk teater ke, tgk wayang ke, ronda2 ke lepak2 ke, hanging out ke apa.Selalu aku berfikir kenapa aku memiliki perasaan sedemikian. Di manakah kegembiraan aku? Rupanya kegembiraan aku adalah bila menjadi tetamu Allah. Mcm dah jumpa apa yg diri aku ni cari. Jiwa aku meronta...lepas ni aku mesti datang lagi. Plus aku berdoa semoga aku dapat menunaikan haji pada usia yg muda. Doa utama aku hanya Allah, aku & ibuku yg tahu.Semoga termakbul...Insya Allah.